Bipasha Basu Kenakan Bayaran 2.4 Kror Untuk Tarian 15 Minit

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai aktres jelita Bollywood yang teragak-agak untuk menaikkan bayaran mereka. Tidak bagi aktres Bipasha Basu yang masih boleh bertahan dan laris di pasaran.

Aktres seksi dan berkaki panjang ini paling suka mempamerkan tarian ghairahnya seperti di dalam filem lakonannya. bagi menutup tirai 2009, Bipasha dijemput untuk membuat persembahan tarian di sebuah hotel lima bintang, pada 31 Disember.

Bayaran yang dikenakan Bipasha adalah sekitar 2.47 kror untuk 15 minit. Secara tidak langsung, ini bermakna Bipasha adalah aktres Bollywood pertama yang menuntut bayaran semahal itu.

Menurut laporan, bayaran itu akan dilakukan dalam bentuk cek, tunai dna juga hadiah.

Bipasha khabarnya, akan membuat persembahan yang dipetik dari filem-filem 'Omkara', 'Bachna Ae Haseeno' dna kemungkinan besar, aktres bermata cantik ini juga akan menyanyi lagu popular tahun 70'an.

Pada tahun 2007, Bipasha pernah mencatit sejarah sebagai aktres pertama menuntut bayaran sebanyak 1 kror untuk sebuah persembahan tarian.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan