Bapa Sukar Terima Hakikat Kematian Brittany

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAPA kepada Brittany Murphy yang sudah lama terpisah dengan aktres itu akui amat terkejut dengan berita kematian anaknya.

Murphy, 32, meninggal dunia di rumahnya di Hollywood Hills pada Ahad lalu akibat kegagalan fungsi jantung.

"Tiada apa yang boleh saya katakan. Saya tidak sangka perkara ini terjadi. Dia masih muda, baru berusia 32 tahun. Dia tidak sepatutnya mati seperti ini.

"Saya tidak faham bagaimana dia meninggal dunia. Tidak masuk akal langsung," kata Bertolotti di dalam sebuah laman web.

Bertolotti juga mendedahkan, dia sudah lama tidak bertemu Murphy sejak tahun 2006.

"Sejak dia berkahwin dengan Simon, kami langsung tidak berhubung. Selepas dia berkahwin, semuanya berubah. Selepas itu, kami tidak lagi serapat dulu.

"Saya rindu senyuman dan etika kerjanya. Dia seorang yang bekerja keras. Saya bangga dengannya. Dia sudah mula bekerja keras sejak berumur tujuh tahun," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan