Inul Jalani Rawatan Laser Untuk Sedut Lemak

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dangdut Inul Daratista membandingkan kemontokan badan yang dimilikinya kini persis aktres Julia Perez.

Inul yang melahirkan anak lelaki beberapa bulan dulu, kini tidak sabar untuk menguruskan badannya supaya langsing seperti dulu.

Inul mengaku pernah stress gara-gara badannya naik mendadak hingga mencecah 72 kg dari 56 kg sewaktu dia hamil.

"Sekarang sudah turun jadi 62 kg tapi saya teringin dapat berat ideal, 56 kg," kata Inul.

Artis yang berasal dari Desa Kejapanan, Gempol, Pasuruan kini giat melakukan perawatan tubuh dan senaman untuk mendapat bentuk badan idamannya.

Seakan senaman itu tidak cukup, Inul mengambil jalan pintas dengan membuat sedut lemak dan akupuntur.

Inul tidak kisah berhabisan ribuan ringgit asalkan impiannya tercapai.

“Saya sanggup menjalani rawatan laser untuk sedut lemak, dua kali seminggu. Saya juga mendapat khidmat instruktor Betty Tilarso seminggu tiga kali. Biar badan saya cepat langsing," kata Inul lagi, seperti dipetik laman web kompas.com.

Meski ingin cepat turun badan, wanita berusia 30 tahun ini tidak mahu semua rawatan kecantikan yang dijalaninya memudaratkan. Ini kerana, Inul memberi susu badan kepada anaknya, Yusuf Ivander Damares.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan