Album Sulung Laris, Susan Boyle Bakal Bergelar Jutawan

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KALAU dilihat susuk badannya, siapa pun tidak akan sangka pendatang baru bernama Susan Boyle adalah artis paling popular 2009.

Ini terbukti dengan album debutnya yang laris di seluruh dunia.

Susan Boyle bukan saja berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan 'Britain's Got Talent' ala 'American Idol' tapi album sulungnya yang berjudul 'I Dreamed A Dream' sehingga kini masih menduduki carta teratas lagu Inggeris.

Album pertama penyanyi kelahiran Britain ini tetap menjuarai carta popular lagu Amerika pada minggu lalu mengalahkan album terbaru Adam Lambert dan Rihanna, serta menjadi debut terlaris sepanjang 2009.

"Lagunya, I Dreamed a Dream yang diterbitkan Sony Music Entertainment menjadi album terbaik bagi kategori Artis Wanita Pendatang Baru Amerika," kata jurucakap Billboard.com.

Selain itu, album ini juga tercatat sebagai album dengan penjualan terpantas tahun ini, dan telah menduduki puncak tangga lagu di Australia.

Susan Boyle yang berasal dari Skotlandia ini pernah tampil dalam audition 'Britain's Got Talent' dan memberi persembahan mengagumkan juri terkenal Simon Cowell.

Menurut Cowell, suara emas Susan mampu membuat album debutnya laku, meskipun susuk penyanyi itu tidak sesuai gambaran seorang artis.

"Ia tidak cantik, gemuk, dan separuh umur (usianya 48 tahun)," kata Cowell.

Di Amerika Syarikat, Susan juga dinobatkan sebagai 'Tokoh Tahun Ini' oleh stesen television terkemuka NBC. Albumnya yang dijual secara pre-order ternyata merupakan pre-order terbesar dalam sejarah situs komersial tersebut.

Album Susan Boyle kini menduduki tempat pertama di Amerika Syarikat, Britain, Irlandia, Kanada, Australia, dan New Zealand.

Berkat penjualan albumnya yang hampir mencecah 3 juta keping, Susan Boyle akan pulang kampung di Blackburn, Skotlandia sebagai jutawan. Ini adalah kerana royalti yang bakal diterima, dijangka akna terus bertambah.

Menurut jangkaan sebuah akhbar luar negara, penjualan album 'I Dreamed a Dream' di Amerika untuk minggu pertamanya saja adalah 625 ribu keping.

Ini secara tidak langsung merupakan satu rekod baru untuk penjualan album terbanyak di minggu pertama sepanjang 2009!

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan