Penaja Rock The World 9 ‘Buat Hal’?

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Zahid Yon (tengah) bersama artis yang akan menjayakan Rock The World 9.
Mohamed Zahid Yon (tengah) bersama artis yang akan menjayakan Rock The World 9.

KONSERT Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) ditunda pada 26 Disember ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ada sumber mendakwa konsert ini terpaksa di tunda dan diubah lokasinya kerana pihak penganjur, Fat Boys Records Sdn Bhd mengalami masalah dengan pihak penaja lokasi konsert itu.

Ini kerana, RTW9 sepatutnya dianjurkan pada 19 Disember lalu di Sunway Lagoon Petaling Jaya.

“Penaja lokasi RTW9 tiba-tiba ‘buat hal’ dan enggan memberikan kerjasama dengan pihak penganjur kerana salah faham semasa majlis sidang media RTW9 sebelum ini.

“Masalah itu tercetus apabila pihak penganjur tidak memanggil wakil penaja untuk bergambar sekali semasa sesi bergambar.

“Ekoran salah faham itu, pihak penganjur terpaksa menarik diri daripada mengadakan konsert itu di situ,” kata sumber itu.

Atas faktor itu lokasi konsert yang ditaja oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) ini diubah ke Tempat Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil pada 26 Disember ini, Sabtu, mulai pukul 10 pagi sehingga lewat malam.

Dalam pada itu, ketika ditanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Fat Boys Records, Mohamed Zahid Yon untuk mengulas hal tersebut, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tak nak komen banyak. Apa yang saya boleh katakan adalah disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan...,” ulas Zahid ringkas.

Disebabkan itu, penyanyi Zee Avi yang kini berada di Amerika Syarikat dilaporkan gagal menyertai RTW9.

“Apabila kami mengubah tarikh, Zee Avi tak dapat membuat persembahan sekali kerana kebanyakan pemuzik iringannya dari luar negara sibuk meraikan Hari Krismas.

“Jadi, kami telah menggantikan tempatnya dengan Yuna,” jawab vokalis band Disagree ini.

Lebih 60 band akan dibahagikan kepada tiga pentas seperti yang dilakukan tiga tahun lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pentas utama akan dipersembahkan oleh Love Me Butch, Pop Shuvit, Bunkface, Pesawat, Disagree, Yuna, One Buck Short, Saturnine, Bittersweet, Blind Tribe, John’s Mistress, The Times, Seven Collar T-Shirt, Republic Of Brickfields, Restraint, Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewriter, Bleeding Mascara, Monoloque, dan Kugiran Di Tepi Pantai.

Sementara pentas indie pula akan diambil alih oleh Brainhead, Car Crash Hearts, Joanna & Co., Pretty Ugly, Skudap Skudip, Auburn, The Otherside Orchestra, Labrat, Couple, Forty Winks, Free Love, Y2K, Stonebay, Sam Kuman, Second Combat, An Honest Mistake, Robot Asmara, dan Aku.

Pentas ‘chill out’ akan dikuasai oleh Rashdan Harith, Liyana Fizi, Lurks, Otam, Mohd Jayzuan, Karen Nunis Blackstone, Bo Bedroom Sanctuary, Slowjaxx, Sharidir & Nizam P dan Rendra Zawawi.

Buat julung kalinya juga, RTW9 akan mempersembahkan bengkel muzik gandingan John Thomas sebagai pemain drum, Rithan Deja Voodoo Spells dan Julian Mokhtar (gitar), Ken (bekas pemain bass Estranged) (gitar bass) dan demo muzik chiptune oleh MN32.

Tiket berharga RM25 bolehlah didapati di kedai Music Valley, Rock Corner, Extreme dan Axcess Tickets.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan