Nurul Bongkar Rahsia Wajah Berseri

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nurul di samping Norman Chong ketika majlis pelancaran G&G baru-baru ini.
Nurul di samping Norman Chong ketika majlis pelancaran G&G baru-baru ini.

RAHSIA wajah berseri-seri Nurul akhirnya terbongkar apabila penyanyi dan pelakon ini diumumkan sebagai duta jenama Studio Glow and Glamour (G&G) baru-baru ini.

Sebelum ini, ramai yang menduga Nurul sedang dilamun cinta lebih-lebih lagi apabila dia menyebut sesuatu akan berlaku pada awal bulan Disember ini berkenaan dia dan cinta barunya menerusi laman web FaceBooknya.

Patutlah ada sumber dari internet yang mendakwa pernah ternampak Nurul dengan penampilan yang menarik dan berseri-seri sejak sebulan dua lalu.

Rupa-rupanya, penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbarunya, Tika Cinta ini sudah menemui pasangan yang ‘secocok’ dan selesa dengannya iaitu G&G.

Ibu tunggal kepada seorang anak, Ayu Nazirah ini mula manjadi pelanggan G&G selepas beliau inginkan satu transformasi bagi penampilan dirinya bagi membantunya untuk bangkit dari pengalaman pahit yang dilaluinya.

“Saya memilih G&G kerana ianya menawarkan rawatan yang istimewa dan eksklusif bagi setiap pelanggannya bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.

“Saya percaya tiada had umur tertentu untuk melakukan transformasi imej. Apa yang penting adalah disiplin. Dengan nasihat dari pakar dan rawatan yang saya terima dari G&G, saya berjaya mencapai impian saya,” ujar Nurul Huda Abd Wahab, 31.

Beliau menambah, “Dengan transformasi ini, ia bukan sahaja memberikan saya imej baru malah menjadikan saya lebih yakin, berketrampilan dan membuka lebih banyak peluang untuk memajukan karier seni.”

“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh G&G sebagai duta jenama mereka, saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan keyakinan dengan orang ramai. G&G bagaikan seorang rakan yang menjaga kesihatan dan tubuh badan saya,” tambah Nurul.

Menurut Pengurus Besar G&G, Norman Chong, pemilihan Nurul sebagai duta jenamanya bertepatan dengan usaha penjenamaan semula syarikat tersebut sebagai sebuah pusat kecantikan dan pelangsingan badan profesional dan membantu merealisasikan kemunculan semula Nurul sebagai bintang dalam industri.

“Pemilihan Nurul sebagai duta jenama kami adalah berlandaskan pada kegigihan dan semangat luar biasa Nurul dalam mencapai matlamat hidupnya selepas dilanda pelbagai peristiwa yang mengecewakan.

“Nurul juga percaya semua yang berlaku adalah titik tolak penting dalam membentuk dirinya untuk menjadi individu yang lebih matang dalam kehidupan dan karier,” kata Norman.

Sebagai seorang artis yang mempunyai rekod cemerlang, Nurul telah merakamkan empat buah album solo dan empat buah album duet sejak awal pembabitannya pada tahun 1995.

Nurul turut menerima tiga Cakera Emas bagi penjualan albumnya yang memberangsangkan. Kejayaan Nurul terus diiktiraf apabila beliau memenangi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996, Lagu Terbaik AIM (bagi tahun 1999 dan 2004) dan juga Juara Kategori Pop Rock pada Anugerah Juara Lagu 2003.

G&G merupakan sebuah pusat kecantikan yang semakin berkembang sejak ditubuhkan pada tahun 1998.

Ia mempunyai lima buah rangkaian pusat kecantikan di sekitar Lembah Kelang serta menawarkan pakej lengkap rawatan kecantikan yang merangkumi rawatan pelangsingan badan, rawatan muka dan penjagaan payudara kepada para pelanggannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan