Mahkamah Arah Penyata Akaun Erema Disiasat

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erema dan Seri Bayu hadir ke mahkamah secara berasingan. -foto Utusan
Erema dan Seri Bayu hadir ke mahkamah secara berasingan. -foto Utusan

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini memerintahkan Maybank mengeluarkan penyata akaun penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat.

Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan suaminya, Seri Bayu ke dalam akaun miliknya.

Permohonan ini dibuat oleh Seri Bayu selaku defendan yang didakwa tidak memberi nafkah kepada isterinya itu sejak 2007. Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Ghazalie Ahmad, Erema mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah zahir dan batin serta memberikan tekanan emosi terhadapnya.

Sehubungan itu, dia juga menuntut cerai fasakh itu kerana tiada persefahaman dengan suaminya lagi.

Mengenai wang royalti itu, Erema berkata dia telah memasukkannya ke dalam akaun EON Bank Seri Bayu setelah disoal oleh peguamnya, Ahmad Tarmizi Shariff.

Dalam pada itu, peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz mewakili Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang ditemui di luar mahkamah berharap plaintif akan mematuhi arahan tersebut.

"Kami berharap plaintif tidak membantah untuk menyiasat penyata akaunnya kerana mahkamah sudah mengeluarkan perintah,” katanya lagi.

Ahmad Tarmizi: Berapa banyak wang royalti yang diterima? Erema: Saya akan mendapatkan cek royalti daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) dalam setahun sekali. Ahmad Tarmizi: Sepanjang perkahwinan, berapa kali cek royalti yang diterima? Erema: Dia mendapat tiga hingga empat kali royalti sejak sakit dan tidak boleh berjalan. Ahmad Tarmizi: Berapa jumlahnya? Erema: Jumlah berubah-ubah dan setahu saya tidak sampai RM8,000 setahun. Ahmad Tarmizi: Selepas itu, apa yang dilakukan terhadap wang royalti itu? Erema: Saya akan masukkan ke dalam akaun EON Bank Seri Bayu kerana cek atas nama suami.

Erema: Saya akan mendapatkan cek royalti daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) dalam setahun sekali.

Ahmad Tarmizi: Sepanjang perkahwinan, berapa kali cek royalti yang diterima?

Erema: Dia mendapat tiga hingga empat kali royalti sejak sakit dan tidak boleh berjalan.

Ahmad Tarmizi: Berapa jumlahnya?

Erema: Jumlah berubah-ubah dan setahu saya tidak sampai RM8,000 setahun.

Ahmad Tarmizi: Selepas itu, apa yang dilakukan terhadap wang royalti itu?

Erema dilihat berada dalam keadaan terganggu semasa disoal oleh Ahmad Tarmizi di hadapan Ghazalie.

Dia seringkali terlupa fakta dan ada kalanya mengubah jawapan yang diberikan sebelum itu.

Ahmad Tarmizi: Sejak bila suami tidak beri nafkah zahir? Erema: Sejak sakit dan tidak boleh bergerak dengan sendiri. Ahmad Tarmizi: Bila suami tidak boleh bergerak dan sakit? Erema: Setahun lebih…maaf, saya tak ingat. Ahmad Tarmizi: Puan kata suami tak boleh beri nafkah zahir sejak sakit. Secara jelas sejak bila? Erema: Sejak awal perkahwinan pada 2007. Ahmad Tarmizi: Puan dan suami berkahwin pada 19 Disember 2006. Selepas berkahwin tinggal di mana? Erema: Di rumah suami saya. Ada dua buah rumah iaitu di Puncak Jaya dan Danau Murni. Ahmad Tarmizi: Tadi puan kata defendan tidak beri nafkah sejak sakit. Bila? Erema: Saya mahu buat pembetulan. Dari awal perkahwinan, suami masih boleh beri nafkah tetapi setahun selepas itu dia sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Ahmad Tarmizi: Maksud tak boleh buat apa-apa? Erema: Suami tak boleh cari rezeki dan segala rutin hariannya diuruskan oleh saya. Ahmad Tarmizi: Selepas defendan sakit, bagaimana rumah tangga puan? Erema: Saya peroleh duit royalti selain menjual barang kemas. Selebihnya, kami menanggung bersama hasil duit royalti, duit simpanan dan duit persembahan saya. Ahmad Tarmizi: Defendan tanggung berapa lama? Erema: Tidak lama. Dalam beberapa bulan sebab bayar duit kereta yang diambil. Lepas tu guna duit simpanan saya manakala dia pinjam dengan kawan-kawan untuk perbelanjaan dapur, makanan dan sebagainya. Ahmad Tarmizi: Selama berapa lama berterusan pinjam dengan kawan-kawan? Erema: Selagi duit habis dan kewangan yang teruk dalam beberapa bulan tetapi saya tidak pasti. Bayaran sewa rumah dan bil air serta elektrik tertunggak.

Erema: Sejak sakit dan tidak boleh bergerak dengan sendiri.

Ahmad Tarmizi: Bila suami tidak boleh bergerak dan sakit?

Erema: Setahun lebih…maaf, saya tak ingat.

Ahmad Tarmizi: Puan kata suami tak boleh beri nafkah zahir sejak sakit. Secara jelas sejak bila?

Erema: Sejak awal perkahwinan pada 2007.

Ahmad Tarmizi: Puan dan suami berkahwin pada 19 Disember 2006. Selepas berkahwin tinggal di mana?

Erema: Di rumah suami saya. Ada dua buah rumah iaitu di Puncak Jaya dan Danau Murni.

Ahmad Tarmizi: Tadi puan kata defendan tidak beri nafkah sejak sakit. Bila?

Erema: Saya mahu buat pembetulan. Dari awal perkahwinan, suami masih boleh beri nafkah tetapi setahun selepas itu dia sudah tidak boleh berbuat apa-apa.

Ahmad Tarmizi: Maksud tak boleh buat apa-apa?

Erema: Suami tak boleh cari rezeki dan segala rutin hariannya diuruskan oleh saya.

Ahmad Tarmizi: Selepas defendan sakit, bagaimana rumah tangga puan?

Erema: Saya peroleh duit royalti selain menjual barang kemas. Selebihnya, kami menanggung bersama hasil duit royalti, duit simpanan dan duit persembahan saya.

Ahmad Tarmizi: Defendan tanggung berapa lama?

Erema: Tidak lama. Dalam beberapa bulan sebab bayar duit kereta yang diambil. Lepas tu guna duit simpanan saya manakala dia pinjam dengan kawan-kawan untuk perbelanjaan dapur, makanan dan sebagainya.

Ahmad Tarmizi: Selama berapa lama berterusan pinjam dengan kawan-kawan?

Ahmad Tarmizi: Bila kereta ditarik? Erema: Saya tak ingat tapi kalau tak silap saya beberapa bulan selepas saya membuat tuntutan. Selepas membuat tuntutan dulu, saya minta izin keluar dari rumah tetapi dia tidak benarkan dan keluar sendiri dari rumah itu. Ahmad Tarmizi: Puan kata bayaran sewa rumah tertunggak tetapi apa jadi dengan rumah itu? Erema: Tuan rumah sewa mengambil barang-barang dalam rumah itu tanpa pengetahuan saya seperti peti sejuk, mesin basuh, televisyen, sofa dan sebagainya. Kereta BMW telah ditarik termasuk barangan elektrik dan perabot yang diambil oleh tuan rumah akibat gagal melunaskan bayaran sewa. Ahmad Tarmizi: Bagaimana puan tahu tuan rumah yang mengambil barangan itu? Erema: Jiran saya nampak tuan rumah ada pecahkan mangga.

Erema: Saya tak ingat tapi kalau tak silap saya beberapa bulan selepas saya membuat tuntutan. Selepas membuat tuntutan dulu, saya minta izin keluar dari rumah tetapi dia tidak benarkan dan keluar sendiri dari rumah itu.

Ahmad Tarmizi: Puan kata bayaran sewa rumah tertunggak tetapi apa jadi dengan rumah itu?

Erema: Tuan rumah sewa mengambil barang-barang dalam rumah itu tanpa pengetahuan saya seperti peti sejuk, mesin basuh, televisyen, sofa dan sebagainya.

Kereta BMW telah ditarik termasuk barangan elektrik dan perabot yang diambil oleh tuan rumah akibat gagal melunaskan bayaran sewa.

Ahmad Tarmizi: Bagaimana puan tahu tuan rumah yang mengambil barangan itu?

Hakim Syarie memutuskan perbicaraan kes cerai fasakh ini ditangguhkan pada 1 Mac depan di mahkamah yang sama.

Erema dan Seri Bayu hadir ke mahkamah secara berasingan. Wanita itu berlalu tanpa memberikan sebarang komen sambil mengesat air matanya sejurus perbicaraan itu selesai.

Sementara Seri Bayu yang berkerusi roda memaklumkan dia tidak berpuas hati dengan jawapan Erema di dalam mahkamah kerana banyak fakta yang tidak betul.

Penyanyi lagu Pelita Di bawah Purnama itu memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 pada awal Disember tahun lalu.

Pasangan ini bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu menderita penyakit saraf.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan