Serina Nantikan Kejutan Bulan Madu Gavin

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Serina kini sedang menghitung hari bergelar isteri kepada Gavin atau nama Islamnya, Salahudin
Serina kini sedang menghitung hari bergelar isteri kepada Gavin atau nama Islamnya, Salahudin

DEBARAN menjadi raja sehari semakin terasa, apatah lagi hanya tinggal dua minggu sahaja lagi, pelakon dan pengacara Serina Redzuawan bakal berubah status dirinya menjadi isteri kepada Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar.

Tarikh keramat dipilih pada 1 Januari 2010 selepas ditunda dari perancangan asal 1 Jun lalu.

Pasangan ini akan bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta manakala majlis persandingan pula akan diadakan keesokan harinya iaitu pada 2 Januari.

Bertanya tentang persiapan yang telah dibuat, Serina berkata semua sudah 100 peratus siap.

"Alhamdulilah, saya hanya tinggal menunggu hari, persiapan besar sudah siap cuma tinggal yang kecil-kecil seperti mencuba pakaian pengantin sahaja.

"Semua ahli keluarga banyak menolong terutamanya papa saya (Chef Wan) yang paling banyak membantu dari segi persiapan jamuan.

"Konsep persandingan kami nanti mengikut adat tradisional orang melayu, ini akan disiarkan di Asian Food Channel (AFC) selama satu jam untuk mempromosikan Malaysia dan budaya perkahwinan Melayu, ini semua atas usaha papa," ujar Serina yang bakal mengadakan empat majlis secara berasingan iaitu berinai kecil, akad nikah, berinai besar dan bersanding.

Serina akan memakai baju berwarna putih dan merah jambu hasil rekaan Jovian Mandagie untuk majlis akad nikahnya, manakala majlis bertunang dan berinai besar akan memakai baju rekaan Kapas.

Sementara majlis persandingan yang diadakan pada hari berikutnya berkonsepkan tradisional, Serina akan memakai baju rekaan Radzuan Radziwill berwarna ‘Lavender’. Majlis itu akan diadakan di Hotel Royale Chulan.

Ketika ditanya perancangan berbulan madu mereka, Serina berkata, dia tidak tahu tentang lokasi dan perancangan untuk berbulan madu kerana itu merupakan kejutan yang akan yang diberikan Gavin kepadanya sebagai hadiah perkahwinan.

"Segala perancangan bulan madu saya serahkan kepada bakal suami saya, saya tidak tahu apa-apa tentang lokasi bulan madu kerana itu adalah ‘suprise’ daripada Gavin kepada saya nanti.

"Tapi kami akan berbulan madu dua kali iaitu selepas majlis perkahwinan dan pada bulan Februari, yang mana saya akan bercuti panjang, mungkin kami akan keluar negara," ujar Serina yang membintangi drama Akedemi Polis di TV9.

Tambah Serina perasaan menghitung hari untuk berkongsi hidup bersama kekasih tercinta kini bercampur baur antara teruja dan berdebar-debar.

"Siapa yang tidak gementar untuk melalui saat yang dinantikan oleh semua orang, tapi tidak nafikan saya sebenarnya tidak sabar nak berkahwin. Selama ini saya seronok melihat kehidupan pasangan yang sudah berkahwin, perkahwinan perupakan pelengkap dalam hidup kita," ujar Serina.

Perjalanan kerjaya seni anak selebriti chef terkenal , Chef Wan ini turut dilimpahi razeki kerana bakal menggantikan pengacara asal program ini, Maria Tunku Sabri untuk mengendalikan Jalan-jalan Cari Makan.

"Saya tidak mahu dibandingan dengan bekas pengacara rancangan ini. Saya telah pun berbincang dengan produser rancangan ini dan akan menukar sedikit konsep rancangan Jalan-Jalan Cari Makan mengikut kerakter saya yang ‘gila-gila’," kata pelakon berusia 27 tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Serina turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Seniman (Seniman) dan berkata, dia akan memanfaatkan peluang yang diberikan untuk bersama-sama memimpin Seniman kepada sebuah persatuan yang berfungsi memperjuangkan nasib artis.

"Sejak saya jadi artis saya dah sertai Seniman dan saya sedar artis muda seperti saya perlu menyokong Seniman dalam membela nasib mereka dikemudian hari.

"Langkah pertama saya untuk mengerakkan Seniman ialah merancang aktiviti yang memberi faedah kepada semua ahli," ujar Serina yang berhasrat mengerakkan Seniman dengan pelbagai aktiviti bersama ahli.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan