Ibu Enggan Sahkan Perkahwinan Zizie, Hanya Doakan Yang Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu kepada aktres Zizie Ezette, Khaty Fauziah, enggan mengesahkan tentang perkahwinan anaknya itu dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

"Saya tidak mahu komen. Tanyalah Zizie sendiri. Saya hanya doakan yang terbaik untuk dia. Kalau benar sudah jodoh, saya sebagai ibu pasti akan merestuinya," kata Khaty apabila diminta mengulas lanjut tentang pengakuan Bung Mukhtar bahawa beliau sudah mengahwini Zizie.

Malah, berkali-kali perkataan no comment disebut oleh Khaty apabila terus diasak dengan pertanyaan tentang perkahwinan 'rahsia' anaknya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

"I reserve my comment. Saya harap semua pihak memahami situasi dan menghormati privasi kami sekeluarga ," ujarnya ringkas.

Ditanya mengapa kali ini dia mengambil pendirian untuk memilih jawapan 'selamat' seperti itu, sedangkan Khaty sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya tentang perkahwinan anaknya itu, jawab pelakon itu:

"Memang ada wartawan yang datang 'menerjah' saya di KLCC pada Rabu lalu dan saya akui, pada ketika itu saya memang ada cakap dan berkata 'sumpah, Zizie belum berkahwin'.

"Tetapi, sekarang saya tidak mahu cakap lebih-lebih. Tak mahu jadi macam-macam cerita lagi," luahnya.

Sebelum ini, Khaty sering menafikan tentang perkahwinan anaknya dengan ahli politik tersebut walaupun khabar angin yang mengatakan Zizie dan Bung Mokhtar berkahwin baru-baru ini amat hangat diperkatakan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul. Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing," kata Khaty dalam temubual terdahulu dengan mStar Online, Rabu lepas.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan