Blake Fielder-Civil Dan Amy Winehouse Bertunang

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS suami kepada Amy Winehouse iaitu Blake Fielder-Civil membuat pengakuan bahawa dia sudah kembali ke pangkuan penyanyi itu dan telah melangsungkan pertunangan sekali lagi bulan lalu.

Fielder-Civil berkata, dia dan Winehouse tidak pernah berhenti mencintai antara satu sama lain walaupun setelah bercerai pada September lalu.

"Kami sudah kembali bersama dan telah bertunang. Saya dan Amy ada berbincang untuk berkahwin semula dan memulakan hidup berkeluarga sekali lagi.

"Kami telah mengharungi pelbagai cabaran bersama dan masih mencintai antara satu sama lain seperti dulu. Kami pernah cuba membawa haluan masing-masing dan jalinkan hubungan dengan orang lain, tetapi ia memang berbeza.

"Tiada orang yang sama seperti Amy. Dia sentiasa menjadi cinta hati saya. Kami sudah menjauhi dadah dan kini lebih bertanggungjawab. Saya menjalani rawatan pemulihan dadah selama setahun dan kini saya 100 peratus 'bersih'. Saya tidak mahu menghampakan sesiapa.

"Amy memberitahu bahawa dia bangga dengan saya kerana berjaya menjauhi dadah dan dia juga bersemangat untuk berbuat demikian," kata Fielder-Civil.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan