Aktres Brittany Murphy Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Pelakon filem Just Married dan 8 Mile, Brittany Murphy meninggal dunia pada Ahad. Murphy disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars-Sinai berdekatan Beverly Hills disebabkan kegagalan fungsi jantung.

Ibunya, Sharon berkata, Murphy ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik mandi rumahnya dan Jabatan Bomba Los Angeles dilaporkan menerima panggilan kecemasan sekitar 8 pagi.

Murphy pernah membintangi beberapa buah filem di samping pelakon-pelakon hebat seperti Michael Douglas, Ashton Kutcher, Eminem dan Angelina Jolie, tetapi dia merupakan antara pelakon yang kurang menyerlah.

Sejak beberapa tahun ini, pelakon berusia 32 tahun ini hanya membintangi filem-filem berkos rendah dan banyak pihak lebih gemar membicarakan tentang fizikalnya yang kurus kering.

Jurucakap Murphy bagaimanapun enggan mengulas tentang kematian aktres itu dengan menegaskan, keluarganya inginkan privasi ketika ini.

Awal bulan ini, nama Murphy hangat diperkatakan setelah dia dilaporkan 'dihalau' daripada set penggambaran filem indie, The Caller di Puerto Rico. Menurut jurucakapnya, ia berpunca kerana perbezaan idea dan kreativiti.

Murphy baru saja selesai menjalani penggambaran filem aksi, The Expendables.

Aktres yang dilahirkan pada 10 November 1977 dan dibesarkan di New Jersey ini berpindah ke Los Angeles bersama ibunya pada awal 90an dengan harapan untuk mencipta nama sebagai bintang filem.

Dia memulakan karier lakonannya menerusi Clueless bersama pelakon Alicia Silverstone pada tahun 1995. Murphy kemudiannya terus menerima tawaran membintangi banyak drama dan turut muncul di dalam filem Drop Dead Gorgeous dan Girl, Interrupted pada tahun 1999.

Murphy berpeluang bekerjasama dengan Douglas di dalam filem Don't Say A Word pada 2001 dan menjadi kekasih kepada Eminem di dalam filem 8 Mile pada tahun berikutnya.

Aktres ini kemudiannya berlakon di dalam filem komedi Just Married bersama Kutcher sebelum membintangi pula filem Uptown Girls. Namun filem-filem tersebut gagal mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kali terakhir dia membawakan watak besar ialah pada tahun 2005 menerusi Sin City dan kemudiannya lebih banyak berlakon di dalam drama-drama.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan