Awal: Scha Tempat Saya Mengadu

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awal tidak menolak jika suatu hari perasaan cinta dengan Scha itu timbul -Foto THE STAR, Oleh NORAFIFI EHSAN
Awal tidak menolak jika suatu hari perasaan cinta dengan Scha itu timbul -Foto THE STAR, Oleh NORAFIFI EHSAN

HUBUNGAN akrab antara Awal Ashaari dan Scha Alyahya, seringkali dikatakan menjadi punca Fahrin Ahmad patah hati.

Cinta 'tiga segi' yang hangat diperkatakan itu sememangnya sedikit sebanyak membantu mempromosikan program realiti Sehati Berdansa yang dikendalikan oleh ketiga-tiga pengacara ini.

Namun bagi Awal, hubungan dengan Scha tidak lebih dari seorang kawan baik yang sering berkongsi masalah, waima masalah kerja mahupun masalah peribadi.

"Saya akui saya berkawan rapat dengan Scha, saya senang berkawan dengan dia sebab dia memahami.

"Saya tidak ramai kawan jadi dia tempat saya mengadu dan saya tempat dia mengadu, kami sama-sama jadi tempat meluahkan perasaan sama ada masalah kerja ataupun peribadi.

"Dia sedang melalui satu saat yang sukar, saya sebagai kawan perlu ambil berat namun itu tidak bermaksud saya cuba ambil kesempatan terhadap dia," ujar Awal yang bakal membuat rakaman single terbarunya berjudul Memori.

Bagaimanapun kata Awal, dia tidak menolak jika suatu hari terbit perasaan cinta antaranya dan Scha.

"Bagi pandangan seorang lelaki, Scha mempunyai pakej yang lengkap dan sempurna untuk menjadi kekasih. Dia cantik dan baik.

"Jika perasaan timbul antara kami itu tidak salah, saya single dia pun single. Tapi biar perasaan itu datang secara semula jadi. Kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak akan sorok kalau kami bercinta, saya ingin orang ramai tahu jika kami betul bercinta," kata Awal yang tidak mahu merahsiakan hubungan cintanya itu jika benar-benar berlaku.

Awal ketika ditanya tentang hubungannya dengan bekas kekasih Scha itu berkata, dia dan Fahrin masih baik namun tidak menolak jika kontroversi ini masih berterusan boleh mencetuskan rasa kurang senang antara mereka.

"Buat masa itu saya belum jumpa dengan Fahrin, saya rasa hubungan kami tiada apa-apa masalah tapi jika perkara ini berterusan digembar-gemburkan media, mungkin kami tidak bertegur.

"Saya lihat ada media cuba ambil kesempatan dengan kontoversi ini. Tanya pandangan orang-orang yang tidak sepatutnya, mereka cuba mengeruhkan keadaan," kata Awal yang bakal mengacarakan sebuah program hiburan terbaru terbitan TV3 tahun depan.

Dalam pada itu, mengulas tentang hubungan cinta bersama seorang gadis yang putus ditengah jalan akibat kontroversi ini, Awal berkata dia menyerahkan segalanya pada takdir.

"Dulu memang nak jadi hubungan tu, tapi bila timbul cerita sebegini memang susah dia nak terima.

"Bagi saya kalau orang itu suka saya, dia perlu terima saya seadanya. Saya pun bukan muda, sudah patut pun berumahtangga," kata Awal.

Sementara itu, Awal sempat bercerita tentang perkembangan kariernya yang semakin padat tahun depan. Kariernya sepanjang tahun 2010 cukup memberangsangkan apabila dia bakal mengendalikan tiga buah program televisyan di tiga stesen TV yang berlainan.

"Bukan senang kerja di tiga stesen TV yang berlainan, saya bertanggungjawab untuk menarik penonton di ketiga-tiga stesen TV ini," kata Awal yang pernah menjadi pembaca berita di 8TV suatu masa dahulu.

Katanya bidang pengacaraan merupakan jiwanya dan menjadi punca razeki utamanya berbanding cadang seni yang lain, tapi dia tidak menolak jika ditawarkan dalam bidang yang lain juga.

Selain itu juga, Awal dalam proses pembikinan album mini dan bakal merakamkan single pertama pada awal Januari depan.

"Saya juga cuba bidang nyanyian untuk kepuasan diri. Dulu saya pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Diva, kali ini saya akan buat sebuah album mini dengan syarikat rakaman tempatan," ujar Awal yang mana kemunculannya dalam industri hiburan tanah air bermula dengan menyertai Malaysian Idol musim pertama.

Manakala, filem lakonannya bertajuk ‘Niyang Rapik ’ bakal disiarkan pada bulan 28 Februari depan, memegang watak sebagai pelajar universiti bernama Amin.

Barisan pelakon yang turut membintangi filem tersebut ialah Liyana Jasmay, Zed Zaidi, Fizz Fairuz, Kamal adli, Shaheizy Sam dan Nasir Bilal Khan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan