Sarah Jessica Parker Menyesal Buang Tahi Lalat

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sarah Jessica Parker mengakui dia amat takut sama ada tindakan membuang tahi lalat di dagunya adalah satu kesilapan besar kerana telah menghilangkan 'trademark' kecantikannya - foto AFP
Sarah Jessica Parker mengakui dia amat takut sama ada tindakan membuang tahi lalat di dagunya adalah satu kesilapan besar kerana telah menghilangkan 'trademark' kecantikannya - foto AFP

PELAKON Sex and the City, Sarah Jessica Parker mengakui dia amat takut sama ada tindakan membuang tahi lalat di dagunya adalah satu kesilapan besar kerana telah menghilangkan trademark kecantikannya.

Aktres berusia 44 tahun itu mengaku, dia tidak suka dengan tahi lalat itu dan justeru, meminta abang iparnya yang merupakan seorang pakar pembedahan plastik untuk membuang tahi lalat tersebut selepas dia mencecah usia 43 tahun.

Namun sekarang, Parker menyesal kerana tidak merujuk kepada ahli keluarga dan peminat-peminatnya terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur tersebut, apatah lagi kata Parker, mereka sebenarnya cukup 'merindui' tahi lalat tersebut.

"Saya terpaksa menjalani terapi selepas itu. Sejujurnya, saya tidak terfikir langsung tentang perkara itu. Seorang wanita yang saya temui di pantai sangat sedih dan dia berkata, 'Saya tidak tahu mengapa kamu berbuat demikian. Tahi lalat itu adalah 'tanda' kamu'.

"Saya terus bertanya, 'Tahi lalat itu 'tanda' saya?'. Apa yang saya mampu berfikir pada masa itu ialah 'Saya sudah lakukan kesilapan besar. Bolehkah saya letakkannya (tahi lalat) semula?'. Anak lelaki saya asyik berkata dia rindukan tahi lalat itu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan