Din Beramboi Selesa Dengan Dua Personaliti!

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Din Beramboi bersama dua lagi pengkritik tetap Raja Lawak 4, Bob Lokman dan Afdlin Shauki.
Din Beramboi bersama dua lagi pengkritik tetap Raja Lawak 4, Bob Lokman dan Afdlin Shauki.

MENDENGARKAN namanya saja sudah cukup untuk membayangkan segala lawak jenaka dan riuh-rendah gelagatnya. Apatah lagi, apabila melihat aksi 'gila-gila' si pelawak juga penyampai radio yang dikenali ramai, Din Beramboi.

Namun, di sebalik personaliti 'riuh-rendah' dan jenaka 'luar kawalan' yang diperdagangkan, empunya diri Mior Ahmad Fuad, 43, atau Din Beramboi, sebenarnya berkeperibadian serius.

Menurut Din, cabang komedi adalah platform yang membolehkan dia diterima dan dikenali umum.

Masyarakat juga sudah serasi dengan personaliti yang ditampilkannya. Malah, dia juga mendapat sumber rezeki dengan penampilan imej komedi.

Namun, itu tidak bermakna Din 'gila-gila' dan membuat lawak sepanjang masa.

Personaliti yang gila-gila, lucu dan riuh-rendah itu hanya ditampilkan kepada umum ketika bekerja.

Realitinya, Din tidaklah 'huru-hara' seperti mana yang dikenali umum. Akuinya, sebagai seorang artis yang menjadikan bidang komedi sebagai periuk nasi, dia harus menjadikan dirinya seperti mana yang disukai ramai.

"Peminat dan masyarakat mengenali dan menerima saya sebagai Din Beramboi yang lucu, huru-hara dan gila-gila.

"Itulah cara saya mendapat sumber rezeki, jadi apabila bekerja tidak kiralah untuk persembahan, di radio, berlakon atau program komedi, saya perlu tampil sebegitu.

"Personaliti gila-gila dan jenaka 'melampau' itu yang menarik minat orang ramai terhadap saya.

"Orang ramai selesa dan senang mengenali saya sebegitu. Jadi saya akan pamerkan personaliti itu bila bekerja.

"Tapi bila tidak bekerja atau ketika di rumah bersama keluarga, saya adalah diri saya.

"Sebagai individu, saya seorang yang serius dan tidak membuat lawak 24 jam tapi apabila bekerja saya adalah Din Beramboi.

"Bukan bermakna saya langsung tidak bergurau dan berlawak di luar waktu kerja, namun ia tidaklah seperti mana yang dilihat dan dikenali di TV ataupun radio.

Menyentuh aspek kerjaya, Din yang semakin laris sejak mengendalikan segmen Riuh Pagi Era di Radio Era bersama Aznil Hj Nawawi berkata, dia amat bersyukur dengan peluang dan ruang yang terbuka untuknya di dalam industri hiburan.

Ketika ditanya mengenai pendekatan yang akan ditampilkannya sebagai pengkritik tetap Raja Lawak 4 kelak, Din berkata, dia teruja untuk membantu peserta-peserta yang baru hendak berjinak-jinak di dalam dunia komedi.

Dia lebih selesa untuk memberikan komen yang positif berbanding kata-kata negatif yang berbaur sindiran yang boleh menjatuhkan semangat mereka.

Malah, Din percaya pendekatan sebegini adalah lebih berkesan kerana sedikit sebanyak, ia memberi motivasi dan membakar semangat orang-orang baru ini untuk memperbaiki kelemahan diri dan terus gigih berusaha untuk menjadi pelawak yang berkualiti.

"Saya akan cuba bantu mereka (peserta Raja Lawak 4) dengan memberikan panduan, komen dan tips yang bersesuaian.

"Pada saya, tidak elok jika kita terlalu komen orang itu dan ini. Saya sendiri pun bukannya sempurna atau terlalu hebat dalam bidang ini.

"Kalau nak tegur pun, ada cara yang baik dan lebih berhemah boleh digunakan. Saya dipertanggungjawabkan sebagai juri untuk membimbing mereka menjadi pelawak pelapis, bukan untuk hentam mereka.

"Bukan hendak persoalkan mana-mana pihak yang pernah terlibat sebagai juri untuk program realiti.

"Namun, apa yang saya lihat, kebanyakannya suka menggunakan ruang itu menghentam atau memperlekehkan peserta-peserta untuk menjatuhkan mereka.

"Lebih menyedihkan, ada di kalangan juri secara terang-terangan menunjukkan sikap favouritism dan berat sebelah terhadap peserta-peserta tertentu.

"Jika peserta itu menjadi pilihan ramai, dia akan dipuji melambung, tapi jika sebaliknya, peserta itu akan dikritik keras dengan cara dan kata-kata yang boleh mempengaruhi persepsi dan penilaian penonton terhadap peserta itu.

"Saya faham, mungkin perkara ini terjadi mungkin kerana ditentukan oleh pihak stesen TV demi menarik perhatian dan rating penonton terhadap sesebuah program realiti itu.

"Tapi, saya lebih suka beri komen positif berbanding kritikan negatif," kata Din yang sudah berkecimpung hampir 20 tahun di dalam bidang seni.

Selain bakal menjadi salah seorang pengkritik tetap untuk musim baru Raja Lawak Astro bermula 3 Januari depan, Din juga bakal tampil dengan program bual bicara pertamanya berjudul Wuhaii... Beramboi.

Program bual bicara yang berkonsepkan santai, ringan dan komedi itu akan memperlihatkan kebolehan Din bukan sahaja sebagai peneraju malah sebagai pelawak.

Program Wuhaii... Beramboi yang sudah selesai rakamannya, kini berada di dalam proses penyuntingan dan dijangka menemui penonton pada Februari depan di saluran Astro Warna.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan