Lindsay Lohan Buat Filem Untuk Selamatkan 40 Kanak-Kanak - Berita Hiburan | mStar

Lindsay Lohan Buat Filem Untuk Selamatkan 40 Kanak-Kanak

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lindsay bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali ketika di sebuah lapangan terbang di Calcutta, India baru-baru ini.
Lindsay bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali ketika di sebuah lapangan terbang di Calcutta, India baru-baru ini.

BARU-BARU ini, Lindsay Lohan terbang ke India untuk menghasilkan sebuah filem dokumentari. Baru sehari di sana, penyanyi lagu Confessions of a Broken Heart itu telah berjaya menyelamatkan nyawa 40 orang kanak-kanak.

Lindsay bersama BBC membuat filem dokumentari mengenai perdagangan manusia di India sejak 9 Disember lalu.

Lindsay juga mengaku pekerjaannya itu sudah memberikan suatu perubahan bermakna.

“Hanya dalam masa sehari, saya sudah menyelamatkan 40 orang kanak-kanak,” tulis pelakon Mean Girls ini dalam Twitter peribadinya.

Semenjak putus dengan kekasih lesbiannya, Samantha Ronson, Lindsay memilih untuk terlibat dengan aktiviti kebajikan dan kini sudah menghindari aktiviti sosial seperti berpesta.

Menurut Lindsay, dia tidak hanya membuat filem dokumentari di India malah gadis berusia 23 tahun itu berniat untuk menyumbangkan alat permainan untuk kanak-kanak miskin di sana.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan