Sean Diddy: Saya Masih Hargai Jennifer Lopez

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sean
Sean "Diddy" Combs (kiri) bergambar bersama sebuah patung miripnya pada 15 Disember 2009 di Muzium Patung Berlilin Madame Tussauds New York. -Foto AFP

SEAN Diddy Combs sentiasa terkenangkan memori indah bersama bekas kekasihnya, Jennifer Lopez dan mengakui kesal dengan hubungan mereka yang tidak menjadi itu.

Mereka berpisah selepas satu insiden yang berlaku pada tahun 2000, namun Diddy menegaskan mereka masih lagi berkawan sehingga kini.

"Saya tidak menutup pintu terhadap bekas kekasih saya, Kim Porter. Saya rasa, begitu juga yang dirasai oleh Jennifer. Saya begitu rapat dengan Kim hampir sembilan tahun dan tidka pernah saya menutup pintu hati saya.

"Saya bertemu Jennifer dan saya rasakan kami adalah pasangan serasi. Kami mencintai antara satu sama lain. Kami masih baik dan saya masih hargainya. Ada sesetengah orang yang hadir dalam hidup kita dan akan sentiasa dicintai dan dihormati oleh kita.

"Dia adalah salah seorangnya," kata Diddy.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan