Orlando Bloom Nafi Bertunang Dengan Kerr

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JURUCAKAP kepada Orlando Bloom menyangkal laporan yang mengatakan aktor itu bakal berkahwin dengan kekasihnya, Miranda Kerr, walaupun abang model jelita itu sendiri telah mengesahkan berita tentang pertunangan mereka.

Bintang filem Pirates of the Caribbean telah menjalinkan hubungan intim dengan Kerr sejak akhir 2007. Namun pasangan itu sentiasa menafikan khabar angin yang mengatakan mereka sedang membuat persiapan untuk bergelar suami isteri.

Terbaru, Bloom dikatakan sudah pun melamar Kerr ketika mereka bercuti di Morocco dan hal ini disahkan sendiri oleh abang Kerr, iaitu Matthew.

"Orlando sudah melamarnya. Mereka akan berkahwin," kata Matthew di dalam sebuah majalah.

Namun, jurucakap kepada Bloom menafikan perkara itu di dalam sebuah laman web dengan berkata, "Khabar angin tentang pertunangan itu tidak benar sama sekali."

Bagaimanapun, rakan baik kepada model berusia 26 tahun itu menegaskan pasangan itu memang ada berbicara tentang topik perkahwinan, walaupun mereka mungkin tidak merancang untuk berkahwin.

"Memang mereka ada bercakap tentang hal itu. Miranda sudah mula berfikir tentang perkahwinan dan keluarga. Tetapi mereka belum bersedia," kata sumber tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan