Kate Moss Berpindah Ke Paris - Berita Hiburan | mStar

Kate Moss Berpindah Ke Paris

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUPERMODEL terkemuka, Kate Moss merancang untuk berpindah ke Paris dan telah pun membayar deposit untuk sebuah apartment di negara tersebut.

Model berusia 35 tahun itu berkemungkinan akan ke Paris bersama anak perempuannya Lila.

"Kate telah memberitahu bos agensinya bahawa dia ingin menetap di tempat yang menjadi tumpuan industri fesyen. Selepas 34 tahun di London, Kate merasakan inilah masanya untuk dia melebarkan sayapnya di Paris pula," kata satu sumber.

Apartment yang bakal diduduki oleh Kate di Paris nanti dikatakan cukup menarik kerana dapat melihat Eiffel Tower dari situ. Malah, lokasi apartment itu juga berdekatan dengan butik utama jenama Chanel.

Walaupun nekad untuk beralih angin ke Paris, kekasih kepada penyanyi rock, Jamie Hince ini akan terus menjaga hartanahnya di London.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan