'Detektif Lim' Dihukum Penjara 2 Bulan Dan Denda RM2,000 - Berita Hiburan | mStar

'Detektif Lim' Dihukum Penjara 2 Bulan Dan Denda RM2,000

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadap pelakon drama bersiri Gerak Khas Mohd Farid Amirul Wu atas tuduhan mencuri buku.

Pelakon popular yang dikenali sebagai Detektif Lim dalam siri Gerak Khas ini telah dituduh mencuri 2 buah buku iaitu The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens (RM105) di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu.

Oleh kerana tertuduh meminta penangguhan hukuman yang sepatutnya berkuatkuasa hari ini, Farid dibenarkan memohon bon jaminan.

Tertuduh melalui peguambela Nor Azri Mohd Arif membuat rayuan di depan Majistret Mohd Faizi Che Abu untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi.

Disebabkan bayaran ikat jamin asal RM1,500 dinaikkan ke RM3,000, bermakna secara keseluruhannya Farid perlu menjelaskan sebanyak RM5,000 termasuk denda hukuman itu iaitu RM2,000.

Pada 24 Ogos lalu, mahkamah memerintahkan pelakon yang popular dengan watak `Detektif Lim' itu membela diri atas tuduhan mencuri dua buku di kedai buku MPH, Mac lalu.

Pada 22 Oktober lalu, Farid memberitahu mahkamah yang dia dipaksa mengaku bersalah mencuri dua buah buku kerana pihak MPH mendakwa telah memerhatikan gerak gerinya menerusi sistem litar tertutup (CCTV).

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan