Amani Akui Masih Terasa Kehilangan Yasmin Ahmad

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Sharifah Amani kelihatan cukup tenang ketika ditemui di majlis pratonton filem arahan pengarah Yasmin Ahmad, 'Muallaf' semalam.

Biarpun umum mengakui keakraban mereka, namun aktres ini mampu mengawal emosinya dengan baik. Tanpa menitiskan airmata, Amani kelihatan cukup bijak menyembunyikan kesedihan. Sebaliknya, dia mengakui amat merasai kehilangan pengarah prolifik itu.

Suasana sugul yang menyelubungi sesi sidang media sejurus pratonton 'Muallaf' begitu dirasai sehinggakan rata-rata barisan pelakon dan beberapa tetamu termasuklah adik Allahyarham sendiri, Datin Orked Ahmad berlinangan airmata.

Aktres kecil molek itu turut meluahkan rasa kebimbangannya untuk berdepan dengan media tanpa kelibat Yasmin di sisi. Menurutnya, dia agak takut untuk bertemu media kerana perasaan rindu dan kehilangan pengarah itu masih berbekas di lubuk hatinya.

"Saya tidak dapat nafikan masih terasa kehilangan mak (Yasmin).

"Malah, saya cukup takut untuk datang ke majlis ini sebab saya seorang yang tidak mampu mengawal emosi dengan baik.

"Sekarang saya boleh ketawa dan mengawal kesedihan di hadapan anda (pihak media) semua. Tapi, mungkin bila pulang nanti saya akan menangis," katanya berseloroh.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai perasaannya menonton 'Muallaf' tanpa kelibat Yasmin di sisi, Amani berkata, dia tidak terkilan atau ralat walaupun pengarah itu tiada di majlis pratonton ini.

Walaupun filem yang mencetuskan kontroversi ini dipertontonkan kepada media di Malaysia tanpa Yasmin, namun Amani mengakui, dia dan Yasmin sempat menonton bersama-sama di beberapa majlis pratonton di Singapura, Brunei dan Jepun sebelum ini.

"Walaupun, mak tiada di sisi hari ini (semalam). Tapi saya sempat menemaninya di beberapa majlis pratonton 'Muallaf' sebelum ini seperti di Singapura, Brunei dan Jepun.

"Lagipun, kami adalah nadi di sebalik pembikinan filem ini. Saya dan mak berbincang banyak perkara termasuklah pengubahsuaian jalan cerita dan babak tertentu yang kami rasakan sesuai serta beberapa aspek lain untuk memantapkan lagi filem ini.

"Sejujurnya, saya tidak rasa terkilan sangat walaupun mak tidak dapat menonton filem ini kerana kami sempat menonton bersama beberapa kali sebelum ini," ujar aktres berusia 25 tahun ini.

Bercerita lanjut mengenai lakonannya sebagai Rohani di dalam 'Muallaf', Amani berkata, sesungguhnya karektor dirinya dan Rohani adalah amat berbeza dan bertentangan.

Menurutnya, Rohani adalah seorang gadis yang tenang, penyabar dan sanggup meletakkan beban di bahu sendiri demi kasih sayang terhadap adiknya Rohana (lakonan Sharifah Aleysha).

Sementara dirinya pula seorang yang pemarah, kurang sabar dan outspoken dan ini sama sekali bertentangan dengan watak Rohani.

Namun, satu perkara yang pasti, dia amat bersyukur kerana watak Rohani itu telah mengubah dirinya menjadi individu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Mengakui peluang menjadi Rohani seolah membawa rahmat dan kebaikan kepadanya, Amani berkata, dia banyak belajar menjadi insan yang lebih sabar dan tenang selepas memainkan watak tersebut.

"Sebelum ini, saya mudah tinggi suara dan melawan cakap kedua-dua ibu bapa. Namun, saya berubah menjadi insan lebih baik selepas mendalami watak Rohani.

"Saya akui saya suka marah-marah dan cepat hilang sabar jika sesuatu perkara yang saya tidak suka atau setuju berlaku.

"Tapi kini saya sudah mampu mengawal emosi dan menjadi lebih tenang berbanding dulu.

"Watak Rohani banyak mengajar saya menjadi insan yang lebih tenang, penyabar dan pemaaf. Ia seperti satu hikmah yang memberi pengajaran kepada saya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan