Simon Ingin 'Lamar' Robbie Williams Untuk The X Factor

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Simon Cowell.
Simon Cowell.

ROBBIE Williams mungkin akan menjadi juri untuk program The X Factor terbitan Simon Cowell untuk musim terbaru.

Cowell sedang merancang perubahan besar untuk pertandingan nyanyian popular di United Kingdom itu sempena musim terbaru tahun depan.

Bekas anggota Spice Girls, Melanie Brown (Mel B) baru-baru ini dikatakan akan menggantikan penyanyi Dannii Minogue sebagai juri, namun Cowell menyangkal laporan tersebut.

Cowell bagaimanapun akui, dia menyukai Williams dan ingin melihat penyanyi itu menyertai Louis Walsh, Cheryl Cole, Minogue dan dirinya sendiri sebagai panel juri.

"Banyak perkara akan berubah tahun depan, jika program itu muncul semula. Mungkin akan ada lima orang juri, tetapi saya tidak rasa Mel B adalah salah seorangnya.

"Robbie Williams boleh menjadi juri yang bagus. Dia seorang yang menyeronokkan dan mempunyai naluri yang hebat," kata Cowell.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan