Saya Belum Rasa Ingin Berkahwin Lagi - Farah Asyikin

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RIAK wajahnya cukup ceria ketika hadir pada sesi temubual santai ini. Tutur Farah Asyikin tenang, mungkin juga kerana dia baru saja pulang dari Melbourne, Australia setelah tiga minggu berada di sana untuk 'menenangkan fikiran'.

Penyanyi berusia 30 tahun ini hanya tersenyum apabila ditanya gejolak rasanya ketika ini setelah mengharungi kontroversi yang mencabar dirinya baru-baru ini.

Tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan suami orang bukan satu perkara yang mudah untuk ditangkis dalam fikiran wanita ini.

Mahu atau tidak, Farah terpaksa menerima hakikat bahawa kisah hitam itu akan sentiasa lekat dalam sejarah hidupnya. Cuma kekuatan diri saja yang mampu membuatkan penyanyi ini dapat meneruskan kehidupan biasa tanpa memikirkan apa yang pernah singgah dalam dirinya.

"Dituduh sebagai perampas suami orang memang cukup memeritkan, tambahan pula perkara itu tidak benar. Sebagai artis, saya tidak nafikan kontroversi adakalanya turut 'membantu' menaikkan nama artis, tapi tanyalah mana-mana artis, tiada siapa yang mahukan kontroversi seteruk ini dalam diri mereka.

"Berkali-kali saya pernah katakan, saya amat menentang perempuan yang mengambil 'hak' orang lain. Saya tahu perasaannya, apatah lagi saya juga pernah bergelar isteri.

"Tetapi saya akui, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Saya menjadi seorang wanita yang lebih 'kuat'. Salah satu sebab saya ke Melbourne juga adalah untuk tenangkan fikiran selepas apa yang terjadi.

"Siapa yang tidak tertekan bila dilanda kontroversi seperti ini. Saya pun tidak mahu 'diserang' dengan soalan-soalan oleh sanak-saudara dan disebabkan itu, saya memutuskan untuk 'korbankan' Hari Raya Haji yang lalu dan pergi ke Melbourne seorang diri," kata Farah yang tinggal bersama ibu saudaranya yang menetap di sana.

Ujar Farah, dia sudah tidak mahu berbicara tentang kisah itu lagi dan ingin membuka episod baru dalam hidupnya. Namun, tutur penyanyi ini lagi, antara dia dan 'lelaki' tersebut masih lagi berkawan baik sehingga saat ini.

"Buat masa ini, kami hanya selesa berkawan saja. Saya pun tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana semuanya berlaku bukan daripada kami," tegas Farah yang pernah melalui perceraian dengan bekas suaminya, pada 26 Mei tahun lalu.

Sekadar menyingkap kisah di sebalik kontroversi yang melandanya kira-kira dua bulan lalu, semuanya tercetus gara-gara satu e-mail yang dihantar oleh seseorang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah wartawan yang mendakwa Farah bercinta dengan suami orang dan mereka dikatakan turut bercuti bersama di Hong Kong.

Menjelaskan perkara itu sebaik e-mail itu tersebar, Farah tidak menafikan lelaki yang dimaksudkan di dalam e-mail itu ialah M, berasal dari Singapura, yang mana hubungan mereka baru saja benar-benar serius sejak beberapa bulan yang lalu.

Namun, kata Farah ketika itu, apa yang diperkatakan di dalam email tersebut tentang dirinya adalah tidak benar kerana lelaki tersebut sebenarnya telah pun bercerai sebelum mereka berkenalan rapat.

Malah, lelaki yang dimaksudkan itu juga telah mengeluarkan kenyataan agar tidak membabitkan Farah dalam hal tersebut.

Ditanya sama ada perkara ini membuatkan dia lebih berhati-hati untuk mencari jodoh, sambil tersenyum Farah berkata, istilah serik sama sekali tidak timbul.

Namun, untuk berbicara lanjut tentang jodoh dan sekaligus mengenai perkahwinan, ujar Farah, dia belum memikirkan ke arah itu.

"Sejujurnya, saya belum rasa ingin berkahwin lagi buat masa ini, tambahan pula dengan apa yang melanda diri saya membuatkan saya perlu lebih berhati-hati. Saya tidak pernah meletakkan sasaran bila saya akan berkahwin lagi.

"Saya tidak nafikan, segelintir masyarakat sering meletakkan persepsi negatif terhadap perempuan berstatus janda. Tapi saya bukanlah jenis wanita yang terdesak. Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa berada di sekeliling saya.

"Perasaaan sunyi tu adakalanya memanglah terasa juga. Tetapi saya tidak terlalu memikirkannya," kata Farah yang ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier nyanyiannya terlebih dahulu.

Ketika ini, Farah baru saja merakamkan single terbarunya, Ada Mu yang merupakan hasil nukilannya sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan