Orlando Bloom Dan Miranda Bertunang - Berita Hiburan | mStar

Orlando Bloom Dan Miranda Bertunang

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR Hollywood terkenal, Orlando Bloom dikatakan sudah pun bertunang dengan kekasihnya, Miranda Kerr.

Bintang filem Pirates of the Caribbean ini mula intim dengan model itu sejak akhir tahun 2007. Pasangan tersebut bagaimanapun menafikan khabar angin bahawa mereka merancang untuk berkahwin.

Namun, Bloom dilaporkan telah melamar Kerr ketika mereka bercuti di Morocco. Malah, perkara tersebut turut disahkan oleh abang kepada model itu, Matthew.

"Orlando telah melamarnya. Mereka akan berkahwin," kata Matthew.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan