Saya Bukannya Seksi Sangat - Faezah Elai

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faezah tidak terlepas dengan tanggapan negatif sesetengah pihak yang merasakan dirinya lebih 'menonjol' di arena ini kerana imej seksinya
Faezah tidak terlepas dengan tanggapan negatif sesetengah pihak yang merasakan dirinya lebih 'menonjol' di arena ini kerana imej seksinya

KETIKA dia nekad untuk menceburi bidang seni, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mencapai populariti dengan jalan yang mudah, contohnya seperti tampil dengan imej seksi.

Bagi pemilik bernama Noor Faezah Elai yang mesra disapa Faezah ini, objektifnya melangkah ke dalam bidang ini hanyalah untuk mencuba nasib sebagai pelakon.

Malah, subjek populariti juga tidak terselit langsung dalam agendanya. Bagi gadis berusia 27 tahun ini, biarlah dia mengambil masa yang lama untuk dikenali asalkan faktor popularitinya itu bersandarkan kepada bakat lakonannya.

Namun, tatkala dirinya sedang rancak mengukir nama di persada ini, Faezah tidak terlepas dengan tanggapan negatif sesetengah pihak yang merasakan dirinya lebih 'menonjol' di arena ini kerana imej seksinya.

Walaupun sudah membuktikan kredibilitinya sebagai pelakon menerusi beberapa buah drama, Faezah sendiri tidak faham mengapa dirinya sering dikaitkan dengan label sedemikian, sedangkan masih ramai selebriti wanita lain yang adakalanya berpakaian lebih menjolok mata.

"Itu yang saya susah nak faham. Saya tidak pernah merasakan diri saya seorang yang sangat seksi. Mungkin penilaian orang berbeza, tetapi pakaian yang paling seksi pernah saya pakai di khalayak ialah baju bertali halus. Tidaklah sampai 'berkemban' seperti mana yang pernah orang cakap.

"Rasanya, saya bukannya seksi sangat pun. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan tidak suka dress up dengan gaya tertentu semata-mata untuk buat orang kagum dengan diri saya.

"Tetapi biar apapun, saya tetap sedar mana yang nampak melampau atau tidak kerana sebagai manusia, saya juga ada harga diri," kata Faeza.

Menurut pelakon kelahiran Pulau Pinang ini, dia bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu selagi hal tersebut tidak memuncak ke tahap yang boleh menjejaskan periuk nasinya di bidang ini.

"Saya selalunya akan buat 'bodoh' saja bila orang terus bercakap tentang hal itu. Tapi jika ada wartawan yang bertanyakan hal sebenar, saya akan jelaskan dengan baik. Lagipun, saya menganggap apa yang saya lalui ini adalah cabaran bergelar anak seni.

"Biarlah mereka ingin bercakap apa saja, asalkan ia tidak menutup peluang saya untuk terus berada dalam bidang ini," ujar pelakon yang mula dikenali menerusi filem Otai arahan Prof Madya A Razak Mohaideen kira-kira dua tahun lalu.

Beralih kepada kisah karier seninya, Faezah yang baru selesai menjalani penggambaran filem Mantera bersama Tomok akan kembali ke set penggambaran untuk filem terbarunya pula berjudul Cun arahan Osman Ali.

"Alhamdulillah, masih ramai yang membuka peluang kepada saya. Saya masih ingat lagi setelah pertama kali muncul dalam filem Otai dulu, saya memang tidak yakin untuk meneruskan karier lakonan disebabkan kritikan hebat yang saya terima terhadap lakonan saya.

"Pada waktu itu, saya hanya fokuskan pada bidang pengacaraan dan enam bulan selepas itu, barulah saya cuba untuk berlakon kembali tetapi hanya dalam drama-drama saja. Tidak lama selepas itu barulah saya yakin untuk kembali berlakon filem dan ketika itu, saya menerima tawaran untuk filem Adik Manja Returns.

"Terbaru, filem Cun pula menyusul. Rabu ini, saya akan ke Kedah untuk memulakan penggambaran filem bercorak romantik ini bersama Remy Ishak dan Maya Karin.

"Jangan terkejut kalau saya katakan watak saya kali ini juga adalah sebagai perempuan kasar. Rasanya ini adalah kali kelima saya jadi perempuan yang berperwatakan kasar atau tomboi.

"Saya tidak kisah kalau orang nak cakap saya adalah pelakon stereotaip kerana bagi saya, apa saja watak yang ditawarkan kepada saya itu menunjukkan bahawa penebit atau pengarah itu percaya dengan kemampuan saya membawakan watak tersebut.

"Sekurang-kurangnya, saya ada trademark sendiri dalam bidang lakonan ini," kata Faezah yang membawakan watak sebagai Kuntum, pembantu peribadi kepada seorang selebriti popular lakonan Maya Karin di dalam filem Cun itu.

Sementelah rancak berbual tentang pembabitannya di layar perak, sengaja soalan tentang 'masalah' yang berlaku dalam produksi filem Adik Manja Returns diajukan terhadap dirinya.

Sebelum ini, beberapa pelakon filem arahan dan terbitan Dharma Harun Al Rashid itu mengeluh kerana bayaran masih belum diterima sedangkan penggambarannya sudah lama tamat.

Ditanya sama ada dia juga berdepan masalah yang sama, Faezah yang memegang watak sebagai Bib di dalam filem itu berkata, sehingga kini dia juga masih menantikan bayaran yang dijanjikan.

"Kalau ikutkan kontrak, saya akan menerima bayaran selepas proses suntingan tamat. Produksi ada menghubungi saya sebelum ini dan beritahu proses suntingan akan berakhir pada Hari Raya Haji.

"Tetapi, sehingga hari ini belum ada bayaran dibuat. Jadi, saya ingin berfikiran positif dan menganggap proses suntingan belum lagi selesai disebabkan masalah-masalah tertentu.

"Buat masa ini, saya tidak mahu kecoh-kecoh dulu. Tapi kalau terlalu lama menanti, mungkin pada waktu itu baru saya akan bersuara," ujar Faezah dalam nada tenang.

Turut membintangi filem yang menjalani penggambaran pada bulan Ramadan lalu antara lain ialah Scha Al-Yahya, Rozita Che Wan, Jihan Raja Lawak, Kenchana Dewi dan Fida.

Selepas tamat penggambaran filem Cun nanti, Faezah akan terlibat pula dengan drama bersiri arahan Kabir Bhatia yang mengetengahkan genre epik. Dalam drama itu nanti, Faezah akan membawakan watak sebagai seorang gadis Sabah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan