Dira-Ash: SB Lebih Merapatkan Hubungan Kami!

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dira dan Ash gagal menempatkan diri mereka ke peringkat akhir Sehati Berdansa apabila mereka diumumkan tersingkir pada Ahad lalu
Dira dan Ash gagal menempatkan diri mereka ke peringkat akhir Sehati Berdansa apabila mereka diumumkan tersingkir pada Ahad lalu

TIDAK dinafikan program Sehati Berdansa (SB) mampu merapatkan hubungan pasangan artis dan selebriti yang telah mendirikan rumahtangga.

Sebelum ini, mungkin faktor masa yang menghalang mereka daripada sentiasa meluangkan masa bersama.

Namun setelah menjayakan program ini, tidak hairan ada yang semakin mengenali dan memahami pasangan masing-masing.

Begitu juga dengan pasangan Khaidirah Abu Zahar (Dira) dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (Ash) yang telah disingkirkan pada minggu ke-8 lalu sekaligus gagal menempatkan diri mereka ke peringkat akhir SB musim ke-3.

Peringkat akhir SB3 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 26 Disember ini.

Pasangan ini mendapat markah terendah iaitu 49 peratus dalam minggu bertemakan Broadway dengan elemen Charleston itu.

Sementara pasangan lain, Sein dan Nana mendapat 57 peratus, diikuti Isma dan Zul (56 peratus); Sazzy dan Nazril (53 peratus) serta Oshin dan Firdaus (51 peratus).

Mereka diadili oleh 50 markah daripada juri tetap iaitu Joseph Gonzales, dua juri undangan iaitu Radhi Khalid dan Angeline Hew manakala 50 peratus lagi berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton.

Dengan itu, Dira dan Ash berjaya mengumpul RM8,000 untuk disumbangkan kepada Persatuan Thalassemia Malaysia.

Menurut Dira, program itu telah melengkapkan segala-galanya yang diinginkan dalam hidupnya.

“SB memberi peluang kepada saya untuk lebih mengenali suami saya. Dia juga sudah pandai nak uruskan isteri yang sedang stres kerana program ini bukannya melibatkan saya atau dia seorang sahaja tetapi kami berdua,” kata Dira yang turut menafikan mereka tersingkir disebabkan isu bergaduh tentang undian dengan Sazzy.

Jelasnya, jika penonton menilai pasangan ini sepatutnya dikeluarkan kerana isu bergaduh tentang undian itu, mereka sudah terkeluar sejak minggu ke-4 lagi.

“Isu bergaduh dengan Sazzy tidak beri apa-apa kesan kepada pemarkahan kami kerana jika tidak kami sudah keluar terlebih awal lagi selepas isu itu dihebohkan.

“Tetapi kalau isu bergaduh antara suami isteri pun, semua orang ada masalah seperti itu..dari segi undian, kita memang tak boleh paksa penonton untuk mengundi kami kerana jika mereka hendak undi biarlah dengan ikhlas.

“Saya hanya mengharapkan doa mereka. Dengan keluarga pula, saya dan suami tidak pernah buka cerita tentang undian.

“Apabila berjumpa pada Jumaat dan Sabtu, kami hanya fikir untuk berseronok bersama keluarga.

“Kami tak nafikan yang minggu ke-8 ini saingan memang sengit kerana semua telah profesional dalam tarian,” ulas pelakon drama Delima dan Tower 13 ini.

Ketika diumumkan tersingkir, Dira dilihat begitu sebak sebaliknya Ash hanya tersenyum lega.

Kata Dira, dia tidak mampu menbendung perasaan sedih itu kerana tidak sanggup meninggalkan pentas tarian yang sudah hampir ke kemuncaknya.

“Saya rindukan semua kenangan seperti latihan menari, cikgu tarian saya, Mohd Nazri Zahauddin (Ezrey) yang hebat

“Dari awal minggu latihan lagi kami sentiasa 'enjoy the moment'. Selepas ini kami tidak berpeluang untuk menikmati momen itu lagi,” luah Dira dalam wajah sugul.

Sementara Ash yang tenang berkata, “Saya lega sebab kami dah cuba sebaiknya dan jangan paksa penonton untuk menyukai kami. Yang penting kami keluar dengan ‘stail’.

“Kita percaya sudah buat terbaik tapi selesa berada ‘di belakang’. Sekurang-kurang, saya puas kerana sudah buat langkah tari yang terbaik.”

Mengenai perancangan selepas ini, Dira dan Ash berkata mereka tidak sabar menantikan saat untuk bercuti ke sebuah pulau bersama enam pasangan SB3 yang lain selepas program itu berakhir.

Selain anak mereka, Anggun, Dira berkata dia tidak sabar untuk kembali berlakon setelah meninggalkan set penggambaran selama lebih lapan minggu.

Dira berkata dia turut akan melancarkan butik pakaiannya di Kuala Lumpur pada 19 Disember ini.

Begitu juga Ash, sebagai seorang pemuzik, dia akan kembali melakukan kerja-kerjanya di studio.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan