Halle Berry Sukar Kikis Zaman 'Hitam' Kanak-Kanaknya - Berita Hiburan | mStar

Halle Berry Sukar Kikis Zaman 'Hitam' Kanak-Kanaknya

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES berkaliber Halle Berry mendedahkan, perbuatan kejam ayahnya ketika zaman kanak-kanaknya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya sehingga kini.

Menceritakan kisah 'hitam' itu di dalam sebuah majlis di Hollywood baru-baru ini, Berry berkata tindakan ganas dan kasar ayahnya adalah kenangan pahit yang paling sukar dilupakan.

"Ayah saya seorang yang pemabuk dan suka mendera ibu. Dia kerap mendera dan memukul ibu di hadapan mata saya sehingga meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada saya.

"Apabila seorang kanak-kanak perempuan melihat ibunya dipukul, ditendang sehingga jatuh dari tangga dan ditumbuk di wajah, anda bukan sahaja merasai ketakutan itu, tapi yang lebih teruk anda merasai diri seolah tidak bernilai," katanya.

Di kesempatan itu, bintang 'Monster Ball' ini turut mendedikasikan penghargaan kepada bekas gurunya yang banyak membantu dan membimbingnya mengatasi tekanan dan trauma yang dihadapi sepanjang proses membesar.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan