Faizal AF4 Bernafas Semula

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LALUAN karier anak muda bernama Mohammad Faizal Ramly atau Faizal AF4, cukup berliku selepas bergelar Juara Akademi Fantasia 4, kira-kira 3 tahun lalu.

Namanya tenggelam timbul dan tuah seakan tidak menyebelahinya. Malah, dia juga pernah dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang 'enak' dan masalah disiplin sehingga menjejaskan perjalanan kerjayanya. Namun, anak muda kelahiran Marang, Terengganu ini tidak pernah kenal erti putus asa.

Berkat kesungguhannya untuk terus berjuang di dalam dunia seni yang amat dicintainya ini, Faizal kini boleh menarik nafas lega apabila dilamar oleh syarikat Alakazam Productions sebagai artis residen.

"Alhamdulillah, saya telah ditawarkan sebagai artis residen mereka (Alakazam) sejak Oktober lalu.

"Mereka akan menguruskan dan menyusun aktiviti seni saya termasuklah persembahan nyanyian, pembikinan album, tawaran lakonan dan sebagainya.

"Sejak tamat kontrak dengan Maestro pada Ogos 2008, karier saya sedikit terjejas. Mujurlah pada ketika itu, masih ada juga undangan persembahan makan malam dan majlis anak-anak yatim. Namun, ia tidak konsisten.

"Jadi, apabila Datuk Aziz Singah (pemilik Alakazam) menawarkan peluang ini, saya berasa sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya masih ada pihak yang menghargai bakat saya dan ingin memberi peluang untuk saya terus berkarya.

"Kini saya boleh menarik nafas lega kerana tahu ada pihak pengurusan yang akan menjaga kebajikan dan hala tuju karier saya selepas ini," ujar Faizal.

Berada di bawah pengurusan Alakazam, Faizal dijangka melancarkan album terbarunya pada April 2010. Album yang kini berada di dalam proses rakaman, turut memuatkan beberapa klip video lagu-lagu baru Faizal kelak.

Jadi 'Badut' Dalam 'Pulau Asmara'

Beralih perbualan kepada lakonan terbarunya di dalam filem 'Pulau Asmara', penyanyi dan pelakon berusia 25 tahun ini mengakui pengalaman berlakon di dalam filem itu cukup mengujakan.

Malah, dia amat bersyukur apabila Alakazam menawarkan peluang berlakon sebagai bintang utama di dalam filem bergenre romantik itu.

Menurut Faizal, dia amat seronok sepanjang berada di lokasi penggambaran yang berlatarkan Pulau Langkawi itu. Pengalaman selama tiga minggu di sana telah membuka matanya akan penat-lelah bergelar seorang pelakon.

Sebagai orang baru yang masih hijau, dia telah memberikan yang terbaik untuk filem ini. Sepanjang proses pembikinan, dia tidak pernah 'berat mulut' untuk bertanya dan belajar daripada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman.

Malah, dia juga sedia menerima teguran dan pandangan seandainya mutu lakonan yang dipersembahkan itu kurang memuaskan.

Apabila ditanya mengenai mutu lakonannya di dalam filem ini, Faizal yang membawa watak Sam berkata, sejujurnya dia tidak berpuas hati dengan lakonannya.

Tambah Faizal, masih terlalu banyak perkara yang ingin dipelajarinya di masa akan datang.

"Saya akui, masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Lagi pun ini hanya filem kedua saya selepas 'Momok The Movie'.

"Sebagai pelakon, saya telah cuba beri yang terbaik seperti kehendak pengarah dan skrip.

Bercerita mengenai pengalaman bekerja dengan pengarah India, Uttam Kumar Thangiah, Faizal berkata, walaupun terdapat sedikit kerumitan dari aspek komunikasi di antara pengarah dan pelakon kerana perbezaan bahasa, namun dia menganggap pengarah yang ringkas dan tidak cerewet itu cukup berpengalaman dalam mengepalai pembikinan filem ini.

"Pengalaman bekerja di bawah Uttam tidak susah mana pun. Dia seorang pengarah yang ringkas dan tahu apa yang dia mahu.

"Dia akan terangkan apa yang dia mahu untuk sesebuah babak itu dan serahkan selebihnya kepada pelakon untuk mencorakkan watak dan perjalanan babak.

Menjawab pandangan media yang menganggap lakonannya tidak ubah seperti seorang 'badut' dan kelihatan dibuat-buat, Faizal berkata, watak Sam itu memang direka sedemikian rupa bagi menambahkan elemen komedi kepada jalan cerita.

"Watak Sam, seorang pemuda yang suka melawak dan tidak serius itu memerlukan saya melakonkannya sebegitu. Malah, apa yang saya pamerkan itu adalah usaha terbaik saya dalam menjiwai watak.

"Jika anda melihat lakonan saya tidak berkesan dan kelihatan seperti badut, maknanya saya gagal menjayakan watak itu dengan baik.

"Saya sedar sebagai orang baru, saya perlu terus belajar untuk memantapkan lakonan saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan