Dimensi Baru Aizat

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI muda berbakat besar, Aizat pernah meninggalkan dua impak besar di awal pembabitannya di persada seni suara tanah air.

Pertama, menerusi penampilan susuk fizikal yang kurus secara mendadak selepas tamat sesi Akademi Fantasia 5.

Kedua, percubaan sulungnya dalam industri menerusi lagu 'Hanya Kau Yang Mampu' berjaya mencipta rekod tersendiri apabila muat turun nada dering lagu itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Berbekalkan 'populariti segera' itu, Aizat terus mengorak langkah demi perjuangan muzik yang sudah menjadi darah dan dagingnya.

Terbaru, anak muda yang berasal dari Raub, Pahang ini sedang giat di studio bagi proses rakaman lagu-lagu untuk album keduanya pula.

Menampilkan kelainan pada album keduanya, Aizat berkata, konsep yang dipertaruhkan untuk percubaan kedua ini bakal memperlihatkan sisi barunya sebagai penggiat seni.

Malah, Aizat turut menyifatkan album kali ini sebagai refkleksi kepada dirinya yang sebenar.

"Jika menerusi album pertama, saya banyak mempertaruhkan lagu-lagu balada dan mendayu seperti 'Hanya Kau Yang Mampu' dan 'Lagu Kita', tetapi album kedua nanti saya akan tampilkan sedikit kelainan.

"Konsep dan muziknya lebih rancak dan ceria, bersesuaian dengan aliran dan permintaan muzik hari ini.

"Ia juga boleh disifatkan sebagai refleksi kepada diri saya dan cara saya berkarya," jelas Aizat.

Bergelar Penerbit

Bercerita mengenai pengalaman pertamanya selaku penerbit album, Aizat berkata, dia amat berbangga dan berpuas hati apabila dapat menerbitkan album sendiri selepas percubaannnya menerbitkan lagu 'Kau Aku' diperakui umum.

Justeru, menerusi proses penerbitan album kali ini, dia dan abangnya Anas bakal bergandingan menerbitkan semua lagu di dalam album kedua ini.

Menurutnya yang baru selesai merakamkan dua buah lagu, 'Senyum' dan 'Susun Silang Kata', produk kali ini benar-benar dirasakan seperti hak milik mutlaknya.

Jika sebelum ini, semua lagu di dalam album pertama diterbitkan oleh gabungan beberapa komposer, namun kali ini, Aizat bertanggungjawab sepenuhnya dalam mewarnakan produk ini.

Album kedua ini diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, Kasi Gegar Entertainment dan dijangka memuatkan lapan ke sepuluh buah lagu.

"Album ini adalah stand alone product yang boleh dibanggakan. Semua proses termasuk proses rakaman, mixing dan susunan muzik dilakukan oleh saya dan abang. Ia satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

"Jika sebelum ini, sebagai pendatang baru saya harus akur dengan aturan yang dilaksanakan oleh semua komposer yang menerbitkan album pertama tapi ia berbeza untuk album kedua ini.

"Alhamdulillah, walaupun baru dua tahun bergelar anak seni, banyak pengalaman yang saya perolehi dan semua ilmu ini saya curahkan untuk komposisi album baru ini," ujar Aizat penuh bersemangat.

Tambah Aizat, walaupun album baru nanti menampilkan muzik yang rancak dan lagu-lagu yang menyentuh tentang kehidupan, kemanusiaan dan isu remaja, dia masih akan menyelitkan lagu-lagu cinta yang sudah semestinya menjadi kewajipan kepada mana-mana penyanyi sekali pun.

"Lagu-lagu cinta disukai dan diterima ramai. Ia cukup sinonim dengan selera pendengar.

"Malah, saya mula dikenali pun menerusi lagu-lagu cinta, jadi untuk album baru ini sudah tentu saya akan selitkan lagu-lagu cinta juga.

"Mungkin sentuhan dan persembahannya agak berbeza tapi cerita lagu masih berkisar kepada kisah cinta," kata Aizat lagi.

Masih Rapat Dengan Liyana Jasmay

Terlanjur menyentuh isu lagu cinta, penyanyi yang bakal menyambut ulang tahun ke-21 pada 21 Januari depan ini ditebak dengan soalan lazim mengenai perkembangan hubungannya dengan bintang filem, Liyana Jasmay.

Aizat yang sememangnya sudah lali dengan usikan ini kelihatan cukup bijak menepis dengan memberikan jawapan selamat. Katanya, dia masih berkawan baik dan rapat dengan Liyana seperti dulu.

"Saya rapat dengannya (Liyana) seperti mana dengan kawan-kawan yang lain juga. Saya suka dan selesa dengan karektornya yang manja dan ceria, namun kami hanya berkawan.

"Saya tidak pernah terfikir pun tentang hala tuju atau meletakkan sebarang sasaran dalam hubungan ini.

"Saya masih terlalu muda untuk ambil serius mengenai hubungan cinta. Masih banyak perkara penting yang harus saya capai dalam hidup sebelum berfikir mengenai soal cinta dan kahwin," ujarnya.

Konsert di Istana Budaya

Dalam perkembangan lain, Aizat turut melahirkan perasaan teruja untuk beraksi di dalam 'Konsert Satu Suara' di Istana Budaya pada 12 hingga 14 Februari depan.

"Mengadakan konsert sendiri adalah sesuatu yang memang saya nanti-nantikan.

"Apatah lagi, ia bakal menggabungkan saya dan Faizal Tahir beraksi di atas pentas berprestij seperti Istana Budaya.

Bercerita mengenai konsert yang bakal menggabungkannya bersama Faizal Tahir, Aizat berkata, dia begitu bertuah di atas penghargaan dan peluang yang diberikan oleh Datuk Siti Nurhaliza selaku penerbit konsert itu.

"Sebagai pendatang baru, saya amat berterima kasih kepada kak Siti di atas kepercayaan dan peluang ini.

"Walaupun saya dan keluarga sudah mengenali kak Siti agak lama, namun peluang yang diberikannya ini bukan atas dasar itu.

"Sebaliknya, kak Siti yakin dengan bakat saya dan ingin memberi peluang kepada orang baru seperti saya untuk terus mengembangkan profil seni.

"Insya'allah, saya akan cuba lakukan yang terbaik dan beri kelainan pada konsep persembahan itu nanti," jelasnya yang mengakui bertuah kerana perjuangan seninya mendapat restu dan sokongan ibu bapa dan keluarga.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan