Dafi: Saya Tak Nak Perkahwinan Yang Diatur...

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dafi bersama kedua ibunya dan penyanyi Noryn Aziz yang membuat kejutan muncul di sambutan hari jadinya
Dafi bersama kedua ibunya dan penyanyi Noryn Aziz yang membuat kejutan muncul di sambutan hari jadinya

KEJUTAN semasa menyambut hari lahirnya yang ke-21 kelmarin menarik minat penyanyi cute Dafi untuk berkongsi perasaannya dengan peminat-peminat dan rakan media.

Dafi dikejutkan dengan persembahan nyanyian oleh adik lelakinya, Nashriq, 17, dan kehadiran penyanyi Noryn Aziz di majlis hari lahirnya di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.

"Saya memang tidak tahu langsung yang adik saya membuat persembahan dan Kak Noryn datang ke majlis ini.

"Kak Noryn merupakan salah seorang artis yang saya kagumi dan terkejut apabila dia datang..terima kasih kepadanya kerana sudi datang," luah alumni Akademi Fantasia musim ke-5 ini.

Malam bertemakan hitam dan putih serta tema persembahan bertajuk 'lagu dalam filem' itu juga menyaksikan Dafi yang begitu merendah diri dan tidak jemu-jemu melayan peminatnya.

Sikap Dafi yang merendah diri itu rupanya diwarisi oleh kedua-dua ibu bapanya, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Datin Seri Muhaini yang turut serta dalam majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu.

Selain peminat, rakan artis yang turut hadir adalah krew filem Sayang, You Can Dance termasuk pelakon Sharifah Amani dan Carmen Soo.

Dalam satu temubual, pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail ini juga mengaku yang dirinya tidak pernah dikongkong oleh keluarganya.

"Saya berpeluang untuk membuat keputusan sendiri dan hanya diawasi oleh kedua-dua ibu bapa saya. Dengan itu, saya berharap akan menjadi lebih matang dari segi cara berfikir," kata Dafi yang baru sahaja selesai merakamkan lagu Sebelum Kita Berpisah ciptaan Edry Abdul Halim.

Menurut Dafi, dia juga berharap agar bertemu jodoh dengan pilihannya sendiri kerana tidak percaya dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga atau mana-mana pihak.

"Saya tak nak perkahwinan yang diatur sebab orang sekarang dah moden. Saya tahu apa yang saya nak dan biar saya mengenali hati budi wanita itu dulu..Insya-Allah, sekarang saya masih mencari.

"Saya jangka paling cepat dalam umur 27 tahun dan paling lambat 30 tahun untuk berkahwin.

"Sekarang, banyak perkara lagi yang saya nak capai. Saya tak nak terlalu fikir dan biarlah saya utamakan karier dulu," jawab penyanyi lagu Bila Terasa Rindu dan Seumur Hidup ini yang menggayakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini.

Dalam pada itu, bapa Dafi, Ismail berkata beliau juga tidak menetapkan bila anaknya harus menamatkan zaman bujangnya.

"Saya serahkan keputusan untuk berkahwin ini kepadanya. Selepas keluar AF dulu, dia kata nak kahwin semasa umur 27 tahun nanti.

"Bagi saya, biar dia tentukan kerjaya dan rumahtangganya. Saya juga tak kisah siapa menantu saya, dia miskin atau kaya...saya akan terima," beritahu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu.

Menyentuh tentang sikap Dafi yang merendah diri, Ismail berkata beliau melatih anak-anaknya untuk bersikap sedemikian sejak dari kecil lagi.

"Kita tak selalu berada di atas jadi kita perlu memandang orang yang di bawah. Saya juga menasihatkan dia supaya menjaga hati pihak media kerana kita saling memerlukan.

"Sama juga seperti cara hidup saya yang memerlukan pihak media dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) saya juga bergantung kepada persepsi orang lain.

"Saya berprinsip, lebih baik orang suka kita daripada orang membenci kita. Saya berharap dia akan terus berjaya," ujar Ismail lagi.

Beliau juga berkata Dafi tidak pernah berubah setelah berkecimpung selama tiga tahun dalam industri seni ini.

"Sebagai seorang ahli politik, saya seorang yang tegas. Jadi, saya selalu menasihatinya untuk menjaga nama baik keluarga kerana setiap perkara yang dia lakukan akan memberi kesan kepada saya.

"Tetapi saya tengok dia tak banyak berubah dan sentiasa mengikut nasihat saya seperti tidak balik rumah melebihi pukul 12 tengah malam.

"Jika dia pergi outstation pun, dia akan maklumkan kepada saya sama ada dia telah pulang ke hotel dan sebagainya. Dia juga dinasihatkan untuk tidak bergambar sesuka hati. Misalnya bergambar dalam kolam," jelas bekas setiausaha politik ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan