Adakah 'H' Vokalis Sementara MUH Itu Hazama AF4 ?

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Meet Uncle Hussain masih belum menemui vokalis utama mereka.
Meet Uncle Hussain masih belum menemui vokalis utama mereka.

PENCARIAN vokalis utama band Meet Uncle Hussain (MUH) masih berjalan sehingga kini bagi menggantikan tempat Lan.

Setakat ini mereka masih belum menemui pengganti yang benar-benar layak untuk berada di kerusi 'panas' itu.

Bagaimanapun, MUH menggunakan pendekatan bijak dengan memperkenalkan vokalis sementara di Konsert Hot FM Big Jam yang berlangsung di Johor Bharu kelmarin.

Buat pertama kalinya, vokalis yang dikenali sebagai H itu membuat persembahan bersama MUH di hadapan khalayak ramai.

Namun begitu, identiti H masih dirahsiakan dan mukanya sengaja diconteng ala-ala muka anggota MUH membuat persembahan lagu Lagu Untukmu di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal Januari lalu.

"Buat masa ini, H akan bersama dengan kami tetapi dia bukan penyanyi tetap MUH. Semalam, dia telah menyanyi bersama Black Mentor menerusi lagu Lagu Untukmu di Konsert Hot FM Big Jam.

"Kita conteng muka dia kerana ingin merahsiakan identiti H buat masa ini," jawab pengurus MUH, Kimi mewakili anggota MUH yang lain iaitu Taja, Afat dan Babab.

Menurut Kimi, Black tidak dikira sebagai vokalis sementara mereka kerana penyanyi kelahiran program realiti Mentor musim ke-3 itu hanya mendendangkan sebuah lagu hasil usahasamanya dengan MUH iaitu Drama King.

Ini bermakna buat sementara waktu, Black akan turut serta bersama H dan MUH jika melakukan persembahan. H merupakan salah seorang calon vokalis sementara sebelum mereka menemui vokalis tetap MUH.

Biarpun Kimi enggan mendedahkan siapakah H, namun ramai di kalangan penggerak industri hiburan tempatan berkata, H itu adalah Hazama AF4.

Biar apa pun cakap orang, Kimi menegaskan dia tidak akan menjawab spekulasi itu.

"Kami tak nak hebahkan identiti H buat masa ini dan tak akan buka mulut apa-apa mengenai H.

"Setelah dia membuat persembahan semalam, ramai yang tertanya-tanya siapakah H. Dia memang mempunyai persamaan dengan Lan tetapi dia bukan penyanyi utama kami.

"Pencarian untuk mencari vokalis baru masih lagi dijalankan tetapi kami belum menemui calon yang diinginkan," ulas Kimi lagi.

Tunang kepada komposer dan gitaris MUH iaitu Taja menjelaskan, MUH terpaksa menggunakan khidmat H bagi mengelakkan band itu terus 'menyepi'.

"Seperti yang semua orang sedia maklum, pendapatan MUH adalah berdasarkan persembahan. Kalau nak tahu siapakah H, tunggu sahajalah kerana lambat-laun nanti orang akan tahu juga..tentang calon vokalis utama pula, kami ada menerima banyak tawaran tetapi setakat ini kami belum betul-betul puas hati," kata Kimi sebelum mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan