Celine Dion Sedia Hamil Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Celine Dion tidak berputus asa setelah keguguran.
Celine Dion tidak berputus asa setelah keguguran.

CELINE DION buat pertama kalinya bercakap mengenai hasratnya untuk menimang anak kedua setelah usaha pensenyawaan in vitro penyanyi itu gagal baru-baru ini.

Celine yang telah mempunyai seorang cahaya mata menegaskan bahawa dirinya bersedia dalam percubaan mendapatkan anak.

Pada Ogos lalu, bintang kelahiran Kanada itu, 41, mengumumkan kehamilan keduanya melalui kaedah pensenyawaan in vitro, tetapi rezeki tidak menyebelahi Celine apabila pada November, suaminya Rene Angelil mengesahkan Celine keguguran.

Bagaimanapun, penyanyi yang cukup popular dengan lagu 'My Heart Will Go On' itu enggan bersedih dengan kejadian itu malah telah bercadang untuk menjalani kaedah sama sekali lagi.

"Saya rasa begitu kuat, sejujurnya, saya bersyukur. Kami mempunyai seorang anak lelaki yang sangat baik. Kami sungguh gembira.

"Kejadian yang menimpa saya tidak membuatkan saya tertekan. Kami mengharapkan yang terbaik, saya harap dapat mengandung lagi. Jika ada rezeki, adalah...," katanya kepada Access Hollywood.

Celine mengakui, anaknya Reene-Charles yang kini berusia lapan tahun turut mengharap kehadiran seorang adik.

"Apabila kami memberitahunya diri saya sedang hamil dan ia tidak menjadi,Reene memandang saya dan berkata, 'Adakah ibu akan cuba lagi,' dan saya berkata, 'Ya,kami akan mencuba lagi.'

Dia tahu apa yang kami sedang usahakan, dia seorang yang baik," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan