Zahnita Saman Gulatis RM2 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Model Zahnita Dorothy Hussein Wilson (kiri) berbincang dengan peguamnya Dayang Hartini Che Hussain dan Muhammad Hasif Hassan selepas memfailkan saman RM2 juta terhadap Gulatis Exclusive Sdn Bhd di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.
Model Zahnita Dorothy Hussein Wilson (kiri) berbincang dengan peguamnya Dayang Hartini Che Hussain dan Muhammad Hasif Hassan selepas memfailkan saman RM2 juta terhadap Gulatis Exclusive Sdn Bhd di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Gulatis Exclusive Sdn Bhd disaman lagi, kali ini oleh model Zahnita yang menuntut RM2 juta selepas syarikat tekstil itu diperintah membayar RM20,000 kepada pelakon Eja dua hari lepas.

Zahnita menfailkan saman Jumaat menuduh Gulatis menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya dan mendakwa beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil yang lain kerana perkara itu.

Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Ahmad Zaidi & Partners.

Zahnita, 24, yang hadir di mahkamah memohon gantirugi am RM2 juta, gantirugi khas, gantirugi teladan, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau juga memohon supaya Gulatis menghentikan penggunaan gambarnya pada mana-mana iklan syarikat itu dan memohon maaf secara terbuka melalui media massa tempatan.

Zahnita mendakwa pada 15 Jan tahun lepas, dia telah memberi kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) untuk menggunakan gambarnya bagi majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga bermula Jan tahun lepas.

Beliau mendakwa pada 23 Julai tahun lepas, Gulatis telah meminta persetujuannya secara lisan untuk menggunakan gambarnya daripada hak milik KKSB tetapi dia tidak bersetuju.

Bagaimanapun pada 30 Julai tahun lepas, Zahnita mendapati Gulatis telah mengunakan gambarnya secara meluas di poster, banner, brochure dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya.

Sebelum kejadian itu, Zahnita telah pun bersetuju dengan syarikat tekstil lain, Syarikat Jakel Trading, bagi menjayakan satu usahasama bernilai RM2 juta dan akibat daripada penggunaan gambarnya oleh Gulatis, syarikat Jakel memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengannya kerana beranggapan dia mewakili Gulatis dalam saingan industri yang sama.

Zahnita berkata beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan Jakel, sekaligus menjejaskan imej dan reputasinya di mata masyarakat.

Berikutan itu, beliau telah menghantar surat tuntutannya pada 19 Ogos lepas kepada Gulatis menuntut RM2 juta sebagai kerugian dan kehilangan pendapatan, namun syarikat itu masih gagal menjelaskan amaun itu.

Pada Rabu lepas, Gulatis diperintah membayar RM20,000 kepada Eja setelah Mahkamah Sesyen memutuskan syarikat itu telah melanggar perjanjian lisan yang dipersetujui dengan pelakon itu berhubung penggunaan wajah Eja di poster dan iklan syarikat itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan