Teater Natrah Mungkin Difilemkan, Kata Rais

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Teater Natrah, rentetan kisah kehidupan seorang wanita Belanda bernama Nadra Maarof, atau nama asalnya, Bertha Heartogh yang dipelihara oleh seorang wanita Melayu mungkin difilemkan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata perkara itu akan dikaji daripada semua aspek termasuk skrip.

"Kita (kementerian) sedang cetuskan idea untuk buat filem tetapi skripnya harus berbeza sedikit. Tidak wajar bagi kita mengambil 100 peratus daripada sudut pementasan untuk dijadikan filem.

"Tetapi kalau nak dijadikan filem ada beberapa pengolahan yang perlu dilaksanakan supaya lebih menarik daripada segi skrip dan penceritaannya. Sebagai satu pementasan saya kira ia telah berjaya," katanya kepada pemberita selepas menonton teater Natrah di Istana Budaya di sini, malam semalam.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Masnah Rais; Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahya.

Rais juga berkata memandangkan kejayaan yang ditempa Istana Budaya melalui pementasan teater Natrah, beliau meminta supaya penggiat seni supaya tidak takut untuk membuat "eksperimen" teater bagi tontonan masyarakat.

Ditanya mengenai teater itu yang dikatakan tercetus daripada idea beliau, Rais mengakui bahawa idea untuk mementaskannya berlaku kira-kira tiga setengah tahun lepas.

Teater Natrah memaparkan perebutan hak penjagaan antara Che Aminah Mohamad dengan ibu bapa Natrah di Belanda dan konflik percintaan antara Natrah dengan pemuda Melayu, Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950.

Rusuhan itu terjadi ekoran wujudnya sentimen agama dan warna kulit. Natrah meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada 9 Julai 2009.

Teater Natrah mula dipentaskan di Istana Budaya pada 30 Nov lepas dan sepatutnya berakhir kelmarin. Berikutan sambutan hangat, teater itu dilanjutkan selama empat hari sehingga Ahad ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan