Senarai Nama 'Kekasih Gelap' Tiger Woods

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KHABAR kecurangan pemain golf paling berbakat di dunia, Tiger Woods, mula terbongkar selepas dua minggu pemain golf profesional ini mengalami kecelakaan kereta yang penuh misteri di hadapan rumahnya, Hingga kini, sudah ada 10 nama wanita yang disebut sebagai 'kekasih gelap' Tiger Woods.

Suami kepada model cantik bernama Elin Nordegren ini, menjalinkan hubungan dengan ramai wanita cantik dan antara mereka ialah model bikini, pelayan restoran hingga ke peserta program realiti.

Meskipun Woods sudah meminta maaf kepada keluarga, peminat dan rakan-rakan kerana kecurangannya selama ini, kisah skandal seks Woods masih menimbulkan banyak tanda tanya.

Senarai nama wanita-wanita yang pernah menjalinkan hubungan panas dengan Woods adalah:

1. Rachel Uchitel

Staf sebuah kelab. Uchitel ialah perempuan pertama yang digosipkan dengan Woods setelah National Enquirer melaporkan dia menemankan dengan Woods ke Australia untuk sebuah pertandingan golf. Bagaimanapun, Uchitel tidak mengaku ada hubungan dengan Woods.

2. Jamie Grubbs

Pelayan restoran berusia 24 tahun ini pernah menjadi peserta realiti show. Grubbs mengaku menjalinkan hubungan dengan Woods selama 31 bulan. Sebagai bukti, pelayan ini masih menyimpan pesan suara Woods.

3. Kalika Moquin

Pengurus kelab berusia 27 tahun dari Las Vegas ini, sempat memadu kasih cuma sebentar saja dengan Woods. Moquin tidak membantah dan tidak pula membenarkan berita ini.

4. Cori Rist

Model baju renang berusia 31 tahun ini, bertemu Woods di sebuah kelab di Manhattan. Woods sudah beberapa kali terbang bersama Rist di beberapa tempat. Malah, Rist memperkenalkan Woods kepada anaknya yang berusia tujuh tahun.

5. Jamie Jungers

Bekas pekerja perusahaan pakaian dalam 'Trashy Girls Lingerie' ini berusia 26 tahun. Jungers menjual kisah kecurangannya dengan Woods kepada media. Jungers dakwa bertemu Woods di Las Vegas.

6. Mindy Lawton

Pelayan restoran berusia 33 tahun ini mengaku ditinggalkan Woods pada 2007. Menurut tabloid, New York Post, Lawton ditangkap keluar dari kereta Woods oleh wartawan majalah National Enquirer. Khabarnya Woods memberi rasuah kepada wartawan Enquirer agar foto itu tidak dikeluarkan.

7. Holly Sampson

Aktres filem porno berusia 36 tahun ini tidak mengiyakan atau menafikan hubungannya dengan Woods.

8. Bekas Pelayan Koktail

Seorang bekas pelayan koktail dari Orlando yang tidak diketahui namanya. Pelayan ini berusia 20 tahun dan menjadi pelayan bagi tetamu VIP.

9. Pengacara Televisyen

Pengacara televisyen yang seksi ini pernah melakukan hubungan intim dengan Woods tetapi kini sudah menikah.

10. Tidak Dikenali

Media barat memberi gambaran wanita ini seperti kecanduan seks tapi tidak dijelaskan siapa dia.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan