RM50 Juta Untuk Aktiviti Penciptaan Dokumentari Tempatan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) untuk kegiatan mencipta kandungan tempatan khususnya filem-filem berkaitan dokumentari untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian berhasrat menonjolkan kemampuan filem dokumentari tempatan memandangkan filem-filem cereka tempatan belum mencapai tahap antarabangsa kerana keterbatasan atau halangan modal.

"Sejak tiga tahun yang lalu, memang telah dibincangkan isu-isu ini dan syukur di bawah pentabdiran SKMM telah diperuntukkan RM50 juta bagi tahun hadapan untuk menjalankan kegiatan mencipta kandungan tempatan.

"Di samping itu, animasi tempatan, dokumentari, drama tempatan termasuk cerita agihan plot termasuk filem di Sabah dan Sarawak akan kita perbanyakkan pada 2010," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata usahasama dengan beberapa syarikat penerbitan dokumentari seperti Discovery Channel dan National Geographic untuk menjalankan filem dokumentari berkaitan dengan Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu di Sabah, Gua Niah di Sarawak serta status Pulau Pinang dan Melaka yang diiktiraf oleh Unesco sebagai tapak warisan sejarah di Malaysia. Rais berkata menerusi kerjasama antara SKMM, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), telah banyak melahirkan filem dokumentari yang kini sudah berjaya mendapat tempat di luar negara seperti di Festival Filem Cannes dan pasaran luar negara termasuk di Australia, Tokyo dan Hong Kong.

Antara filem-filem dokumentari yang berjaya dipasarkan, katanya termasuk dokumentari berkaitan kedudukan Raja-raja Melayu di Malaysia terbitan Finas, dokumentari tentang terowong di Kuala Lumpur, Silat, "The Perak Man: Unbearing The Passed".

Rais berkata stesen televisyen milik kerajaan khususnya RTM telah menyiarkan tayangan filem luar negara hanya selama 1,140 jam dalam setahun membabitkan tayangan program cereka atau filem cereka, drama dan suntingan material lain.

Beliau berkata bagi stesen swasta, semua pemegang lesen penyiaran di bawah Akta Komunikasi dan Multi Media mempunyai syarat-syarat khas yang memberikan keutamaan kepada penyiaran rancangan tempatan untuk mempromosikan budaya dan identiti Malaysia sama ada dalam bentuk filem, cereka, dokumentari mahupun drama dan rancangan hiburan.

Katanya syarat berkenaan menetapkan 60 peratus daripada kandungan yang disiarkan hendaklah dalam Bahasa Malaysia.

"Oleh yang demikian, sememangnya keutamaan diberikan kepada kandungan tempatan sekaligus mengehadkan kandungan asing," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan