Nash Rancang Buat Konsert Terakhir Sebelum Ucap 'Selamat Tinggal'

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nash teruja ketika menceritakan tentang cita-citanya untuk membuat konsert pada tahun hadapan. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Nash teruja ketika menceritakan tentang cita-citanya untuk membuat konsert pada tahun hadapan. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

'DEMAM' membuat konsert dikalangan penyanyi tempatan pada tahun ini dan tahun hadapan memberikan petanda yang positif kepada industri muzik tempatan.

Pada tahun ini sahaja, ramai penyanyi seperti kumpulan Search, M. Nasir, Siti Nurhaliza, Black Dog Bone dan Jamal Abdillah yang mengadakan konsert berskala besar.

Malah ada antara penyanyi itu yang sudah merancang untuk melakukan konsert pada tahun hadapan seperti penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza akan menjayakan dua buah konsert besar-besaran.

Selain itu, syarikat penyanyi itu, Siti Nurhaliza Productions (SNP) juga akan menerbitkan sebuah konsert melibatkan penyanyi Aizat dan Faizal Tahir pada Februari 2010 di Istana Budaya.

Bukan Siti sahaja, penyanyi bersuara 'jantan', Jamal Abdillah juga akan menjayakan sebuah konsert lagi yang menyenaraikan lagu-lagu penyanyi lagenda.

Lebih menarik, sebut tentang lagenda, penyanyi Rock, Nash yang pernah menganggotai kumpulan Lefthanded turut menanam hasratnya untuk mengadakan sebuah konsert secara besar-besaran yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi lagenda tanah air.

"Saya bercita-cita besar untuk membuat sebuah konsert yang mempunyai 'sentuhan' saya untuk semua peminat pada tahun depan.

"Saya akan menjemput penyanyi-penyanyi lagenda yang setakat ini biarlah menjadi rahsia saya sendiri," kata pemilik nama sebenar Jamaludin Elias ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Tiada Lagi Kidungmu', 'Pada Syurga Di Wajahmu', 'Seruan' dan 'Ku Di Halaman Rindu' ini berkata konsep memilih penyanyi-penyanyi lagenda dalam konsertnya itu mungkin akan menjadi suatu konsert 'bersejarah' yang akan dikenang selamanya.

Konsert solo pertama dan terakhirnya itu akan dilakukan istimewa untuk peminatnya selepas kali terakhir beraksi di pentas bersama kumpulan Lefthanded kira-kira empat tahun lalu.

"Saya sudah berusia 50 tahun, jadi saya rasa sudah tiba masanya saya melakukan konsert seperti ini yang lebih dianggap 'farewell'. Lagipun saya dah lama tak buat konsert.

"Saya mungkin akan berduet dengan penyanyi-penyanyi lagenda ini jika ada lagu yang sesuai. Namun ini hanya cita-cita saya," beritahu Nash.

Selain merancang tentang konsert, Nash juga baru sahaja menyiapkan album baru dengan Yan yang memuatkan lagu 'Hebat'.

Nash mengambil keputusan untuk muncul secara solo, sementara pemain drum Lefthanded Man Dayak pula bersara seketika kerana ingin memberikan perhatian kepada perniagaannya. Anggota lain pula seperti Man Kidal (pemain gitar utama) dan Yan (pemain bass) meneruskan perjuangan muzik mereka dengan cara tersendiri.

Lefthanded ditubuhkan di Johor Bahru, Johor pada 1979 kini sudah pun berusia 30 tahun.

Muncul dengan album sulung berjudul Keadilan pada 1986, kehebatan Lefthanded dalam arena muzik rock tempatan memang tidak dapat disangkal lagi.

Ketika era itu, Lefthanded melakar sejarah apabila Keadilan berjaya mencatat jualan melebihi 60,000 unit.

Bertambah unggul, kumpulan yang dianggotai Man Kidal, Allahyarham Samad, Nash, Man Dayak dan Yan itu juga pernah mendapat pengiktirafan tertinggi apabila album Nafas diangkat sebagai album rock terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-4 pada 1997.

Nash pernah menghasilkan lebih lima buah album antaranya Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme (1990), Nafas (1996) dan Reunion 1 - Koleksi Unggul (2003).

Selain Nash, penyanyi dan komposer terkenal iaitu Arab dan Ramli Sarip juga masing-masing pernah menyertai Lefthanded sebagai 'penyanyi undangan' menerusi album Nafas dan Fanatisme.

Namun, dalam mengharungi persada muzik tanah air, Lefthanded tidak terlepas daripada dilanda dilema apabila beberapa kali tidak bergerak aktif dengan masing-masing membuat haluan sendiri.

Walaupun begitu, Nash tetap meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminatnya yang tidak putus-putus sehingga sekarang.

"Saya bersyukur sebab dari 'zaman jahiliyah' iaitu semasa saya berambut panjang sehingga sekarang, di mana saya pergi masih ada yang mengenali saya.

"Buat masa ini, hal ini masih dalam perancangan..saya berharap peminat akan mendoakan saya untuk membuat konsert ini secara besar-besaran. Sampaikan salam saya kepada semua peminat..," ujarnya yang turut sibuk menguruskan perniagaannya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan