Amani Tak Sangka 'Muallaf' Dapat Sambutan Di Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amani ketika menghadiri majlis Anugerah Skrin 2009 baru-baru ini. -foto The Star oleh SAMUEL ONG
Amani ketika menghadiri majlis Anugerah Skrin 2009 baru-baru ini. -foto The Star oleh SAMUEL ONG

AKTRES Sharifah Amani Al Yahya tidak sangka filem 'Muallaf'mendapat reaksi positif di Indonesia. Ketika ditemuramah oleh media Indonesia, Amani tak henti-hentinya mengucapkan alhamdulillah.

Ketika ditanya apakah pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ketika terlibat dalam filem arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Amani berkata, saat dia terpaksa membotakkan rambutnya untuk memenuhi tuntutan watak yang diberikan kepadanya.

"Saya mengambil masa yang panjang untuk mempertimbangkan tawaran dalam filem 'Muallaf.' Tapi setelah meminta restu ibu saya, dia kata "teruskan"," kata anak aktres Fatimah Abu Bakar, sewaktu ditemuramah oleh media Indonesia di Jakarta baru-baru ini.

Kata Amani, ada yang memuji keberaniannya, tapi ramai juga yang mencacinya.

Selesai tayangan filem 'Muallaf', Amani mengaku berasa cukup dihargai kerana respon positif yang diberikan.

"Saya melihat filem ini di berbagai festival di beberapa negara. Tapi reaksi terbaik di Indonesia. Setiap adegan selalu mendapat respon. Alhamdulillah, terima kasih banyak," ujarnya.

"Muallaf" ("The Convert") merupakan satu daripada enam buah filem karya Yasmin yang ditayangkan dalam festival filem ke-11 di Indonesia kali ini.

Filem ini berkisah mengenai pengembaraan dua adik-beradik yang melarikan diri dari ayah mereka, yang pemabuk.

Antara lain filem Yasmin yang diputar sepanjang festival filem kali ini ialah "Talentime", "Sepet" ("Slit Eye"), "Gubra" ("Anxiety"), "15 Malaysia", dan "Rabun".

Filem-filem tersebut diputar untuk mengisi program 'A View From The SEA', bersama film-film karya pengarah dari kawasan Asia Tenggara lainnya.

Bagi Amani, 'Muallaf' merupakan film keempatnya bersama Yasmin Ahmad, yang meninggal di usia 51 tahun pada Julai tahun ini.

"Semua filem yang dibuat Yasmin berpijak pada kisah benar. Filem-filemnya selalu mengangkat sisi kemanusiaan," kata Amani.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan