Mischa Barton: Saya Seorang Yang Memalukan! - Berita Hiburan | mStar

Mischa Barton: Saya Seorang Yang Memalukan!

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mischa risau sifat cemerkap yang ada pada dirinya akan membuatkan lelaki-lelaki takut untuk menjalinkan hubungan dengannya - foto AP
Mischa risau sifat cemerkap yang ada pada dirinya akan membuatkan lelaki-lelaki takut untuk menjalinkan hubungan dengannya - foto AP

MISCHA Barton sedar mengapa dirinya masih solo hingga sekarang. Semuanya kerana sifat cemerkap yang dimiliknya sehingga membuatkan sesiapa yang berada di sampingnya akan berasa malu.

Aktres itu sering terjatuh dan terlanggar objek. Dia juga risau sifat tersebut akan membuatkan lelaki-lelaki takut untuk menjalinkan hubungan dengannya.

"Saya memang seorang yang cemerkap. Tiada siapa yang mahu keluar dengan saya. Saya seorang yang memalukan," kata Barton kepada sebuah majalah baru-baru ini.

Barton juga percaya, sifat cemerkap itu juga membuatkan dia mudah menjadi sasaran paparazi.

"Saya rasa sebab itulah paparazi menyukai saya. Mereka tahu saya akhirnya akan nampak bodoh," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan