Rezeki Saya Bukan Dengan Radius One Saja - Wan Sharmila

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan percaya rezekinya ditentukan oleh Tuhan dan bukannya mana-mana pihak
Wan percaya rezekinya ditentukan oleh Tuhan dan bukannya mana-mana pihak

EPISOD drama rantaian 'Tari Tirana' lakonannya hanya berbaki 6 episod sahaja. Apakah nasib Wan Sharmila Wan Muhamad, aktres yang baru hendak mencipta nama ini, selepas berakhirnya rakaman siri itu kelak?

Seperti yang diketahui umum, sepanjang pembabitannya di dalam dunia seni lakon tanah air, tidak dinafikan kerjaya seni gadis kecil molek ini banyak bergantung harap kepada Radius One, produksi milik bekas suaminya, Fazli Baharom.

Namun, gadis yang mesra dengan sapaan Wan ini enggan mengaku kalah. Biarpun, pelbagai spekulasi dan 'kata-kata nakal' mula kedengaran sana sini tentang masa depan karier seninya, Wan tegar menghayun langkah demi cinta yang mendalam terhadap bidang lakonan.

Ujar Wan, nasib dan rezekinya bukan terletak di tangan Radius One. Meskipun, dia tidak pernah menafikan kenyataan dia mula mencipta nama menerusi rumah produksi itu, ia tidak bermakna kerjaya seninya akan terkubur selepas ini. Malah, Wan yakin dan percaya peluang pasti akan datang seandainya dia terus berusaha.

"Memang saya bersyukur kerana berpeluang untuk mencipta nama di dalam industri melalui lakonan saya di dalam drama-drama terbitan Radius One.

"Namun, tidak bermakna jika tiada tawaran daripada mereka selepas ini, saya tidak akan berpeluang untuk berlakon lagi.

"Seperti yang selalu saya tegaskan, walaupun kerjaya saya bermula dengan Radius One, tapi saya bukan artis residen syarikat itu. Cuma secara kebetulan, saya banyak berlakon dalam drama-drama terbitan mereka," katanya.

Bercerita lanjut mengenai masa depannya, janda muda ini bagaimanapun percaya bahawa nasib dan rezekinya ditentukan oleh Tuhan dan bukannya mana-mana pihak.

"Terus-terang saya akui, saya masih tidak tahu tentang masa depan karier saya. Tetapi, saya percaya kepada ketentuan Tuhan.

"Sebagai manusia, saya akan terus berusaha untuk mencari peluang-peluang lakonan apabila komitmen bersama 'Tari Tirana' berakhir kelak," ujarnya lagi.

Tambah Wan, walaupun hubungannya bersama bekas suami masih baik, jauh sekali untuk bermasam muka, namun dia sama sekali tidak tahu akan nasibnya bersama produksi itu di hari muka.

"Setakat ini, memang tidak ada sebarang tawaran baru daripada mereka. Tapi seandainya mereka menawarkan sebarang watak yang bersesuaian untuk projek akan datang, saya tidak ada sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan Radius One," kata Wan.

Apabila ditanya mengenai projek terbarunya selepas 'Tari Tirana', dengan nada selamba gadis kelahiran Johor Bahru, Johor ini mengakui, sehingga hari ini dia masih belum mendapat sebarang tawaran daripada mana-mana pihak.

"Bukan tiada produksi lain yang menawarkan kerja kepada saya, tetapi setiap kali ada tawaran lain, pasti saya sedang terikat dengan projek Radius One.

"Disebabkan itu, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran lain. Sebab itulah, mungkin ramai yang menyangka saya hanya berlakon dengan Radius One sahaja.

"Malah, beberapa tawaran yang datang baru-baru ini pun terpaksa saya tolak kerana percanggahan jadual dengan penggambaran 'Tari Tirana' yang memakan masa yang lama.

"Saya jenis orang yang suka melakukan satu kerja dalam satu masa. Tidak mungkin saya boleh berlakon dengan produksi lain serentak, selagi komitmen saya bersama drama siri ini belum berakhir, ujar pelakon yang pernah membintangi siri 'Rona Roni Makaroni', 'Merah Putih' dan 'Sindarella' ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan