Eja Menang Saman Ganti Rugi RM20,000

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Sivil hari ini memutuskan bahawa pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, 37, mendapat RM20,000 berhubung saman ganti rugi yang dituntut olehnya terhadap syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian.

Hakim Madihah Harullah juga memerintahkan Gulatis membayar faedah lapan peratus setahun dari tarikh penghakiman hari ini sehingga penyelesaian penuh serta kos kepada Eja.

Bagaimanapun, hakim menolak tuntutan Eja untuk mendapatkan ganti rugi terhadap kehilangan pendapatannya.

Eja telah menuntut ganti rugi sebanyak RM240,000 terhadap Gulatis ekoran syarikat itu menggunakan gambar tanpa kebenarannya bagi tujuan promosi pada papan-papan iklan, poster dan banner.

Dalam keterangan terdahulu, pelakon berusia 36 tahun itu menjelaskan dia hanya bersetuju untuk membenarkan gambarnya yang bersaiz kecil disiarkan pada borang peraduan Guess Who and Win sekitar tahun 2005.

Bagaimanapun gambarnya itu telah dibesarkan dan digunakan pada poster, banner dan brosur yang dipamerkan di jalan-jalan raya di Malaysia serta siaran televisyen tanpa persetujuan beliau.

Katanya tindakan syarikat itu yang telah meluaskan penggunaan gambarnya "sebesar bangunan Gulatis" telah menjejaskan periuk nasinya kerana agensi lain menganggap beliau sebagai duta Gulatis dan dengan itu tidak menawarkan beliau apa-apa kerja.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan