Azwan Ali Lega Dapat Minta Maaf Dengan Musuh-musuhnya

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengacara Terkenal Azwan Ali
Pengacara Terkenal Azwan Ali

NIAT baik personaliti terkenal Azwan Ali yang sudah banyak insaf, kerap disalah ertikan sebelum ini. Ramai juga pihak yang masih mempersoalkan kenapa dan mengapa Azwan terbuka hati untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kisah Azwan 'tergerak hati' untuk menjaga tutur kata agar tidka lagi menyakiti hati sesiapa, adalah sesuatu yang sukar dihuraikan dengan kata.

Pendirian Azwan yang lebih menuju ke arah kebaikan seperti yang dituntut oleh agama, setelah kembalinya menunaikan umrah baru-baru ini adalah sesuatu yang positif dan wajar dijadikan contoh oleh kaum artis.

Salah satu dari perubahan ketara dalam diri Azwan ialah sanggup merendah diri meminta maaf daripada 'musuh-musuhnya'. Malah kesempatan bertemu mereka yang pernah dianggap sebagai seterunya di malam Anugerah Skrin (ASK) 2009 minggu lepas, dimanfaatkan sepenuhnya.

"Saya tekad untuk minta maaf di mana jua saya berjumpa mereka. Sebelum pergi ke ASK malam itu, saya dah pasang niat agar tuhan permudahkan usaha saya untuk memohon maaf daripada mereka ini.

"Alhamdulillah, saya dapat bertentang mata dan minta maaf daripada mereka yang pernah saya hina dan keji sebelum ini. Segala yang terbuku di hati dapat diluahkan....lega rasanya. Saya rasa macam Hari Raya pula bila bermaaf-maafan begitu. Saya nampak sinar kedamaian itu agak jelas.

"I have stopped all the nonsense. Azwan Ali is a happy person now...,no more tension," kata Azwan.

Dan mungkin juga kerana takut dianggap riak atau disalah erti lagi, pemergian Azwan secara diam-diam membuka akaun di Tabung Haji baru-baru ini tidak mahu dihebahkannya.

Kebetulan, perkara itu diketahui kerana panggilan untuk pengesahan satu temu janji dibuat pada hari yang sama.

"Saya pun serba salah nak cakap. Saya pergi buka akaun Tabung Haji bukannya nak bangga diri. Nanti ada yang cakap, orang lain pun pergi naik haji juga, tapi tak kecoh pun," jelas Azwan.

Kata Azwan, entah kenapa tiba-tiba saja beliau tergerak hati nak buka akaun di Tabung Haji.

"Menurut jangkaan, saya kena tunggu 20 tahun baru dapat pergi. Saya berdoa tuhan akan beri saya kemudahan untuk pergi lebih awal. Selama hidup, saya tak pernah pusing hal-hal begini.

"Semuanya berpunca dari sejak pulang dari umrah tempoh hari, bertalu-talu saya dapat 'job offer' dan tawaran. Rezeki mencurah-curah datang hinggalah ke peringkat 'kemunculan' semula saya di pentas siaran langsung Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini.

"Rata-rata yang menelefon saya mahu saya jadi pengacara jemputan di majlis korporat dan persendirian. Banyak pintu yang sebelum ini tertutup sudah dibuka kembali.

"Apa yang saya dapat rasakan ialah bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita....," jelas Azwan yang tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana ramai pihak termasuk 'musuh-musuh'nya sudah mula menampakkan reaksi positif melihat perubahan mendadak dirinya.

Bagi Azwan, kehidupan semakin indah dan bermakna apabila tiada dendam dan sengketa dalam hidupnya kini.

"Jemputan ke ASK sesuatu yang cukup bermakna. Terima kasih kepada Datuk Farid Ridzuan dan semua yang sudi mengundang saya. Saya anggap jemputan itu satu penghargaan yang amat bermakna," kata pengacara yang memulakan kariernya di TV3 sebagai pengacara 'Melodi.'

Yang lebih membuat Azwan terharu, kehadirannya di Anugerah Skrin bukan sebagai penyampai tetapi impak yang ditinggalkan setelah siaran langsung itu masih lagi dirasakan.

"Saya bukan jadi penyampai ASK malam itu. Sekadar melambai-lambai, tak sampai 2 saat. Tapi laluan yang diberikan oleh TV3 untuk muncul di karpet merah berjaya membuka pintu rezeki kepada saya," kata pengacara berusia 43 tahun itu.

Jelasnya lagi, semua rezeki yang datang beberapa bulan kebelakangan ini membuat dirinya berasa terharu.

"Ramai yang tidak tahu saya tak ada job selama 2 bulan, selepas saya balik umrah. Duduk makan tidur saja kata rumah. Kalau orang lain tak tau lah macam mana. Saya duduk di rumah macam tunggu bulan jatuh ke riba. Tapi saya tetap bersabar dan anggap itu semua dugaan Allah.

"Pengalaman tidak ada kerja itu membuat saya terduduk. Tapi saya tidak pernah menyesali apa yang terjadi.

"Berkat kesabaran, limpah kurniaNYA, doa ibu saya, Mak Tom, dan sokongan daripada pembaca blog 'silaserazwanali.blogspot.com' yang sentiasa menyatakan sokongan kepada saya, akhirnya rezeki saya bertambah.

"Bayangkan sebelum saya pergi umrah, sudah ada cakap-cakap yang kata blog saya hampir dihapuskan. Tiba masa ia masih kekal dan saya pun sudah banyak buat perubahan. Setiap hari saya terima feedback yang positif. Saya amat berbesar hati bila ramai yang membaca blog saya dan memberi komen," kata bekas graduan jurusan undang-undang Universiti Malaya ini.

Ketika ditanya tentang 'majlis penuh rahsia' pada 13 Januari depan, Azwan tidak mahu komen panjang.

"Majlis penuh rahsia itu, insya Allah, akan diadakan pada Rabu, 13 Januari, pukul 3 petang bertempat di Palace Of the Golden Horses. Kad undangan akan mula diedarkan mulai 25 Disember. Jadi tunggu saja undangan dari saya," kata Azwan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan