Saya Ingin Berkahwin, Bukan Berkawan - Hans Isaac

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans Isaac ingin mencari wanita untuk dijadikan isteri dan bukan hanya untuk bercinta.
Hans Isaac ingin mencari wanita untuk dijadikan isteri dan bukan hanya untuk bercinta.

MENYOROTI kisah cinta insan bergelar Hans Isaac, masih segar dalam ingatan akan peristiwa hitam yang pernah singgah di dalam jurnal hidupnya beberapa tahun lalu. Episod kegagalan bercinta bersama aktres Erra Fazira, pernah membuat aktor kacak ini 'terduduk' seketika.

Persetankan semua kisah duka yang pernah singgah, Hans hari ini lebih cenderung berbicara mengenai masa depannya. Dia mahu lebih serius dalam mendefinasikan cinta.

Menurut penerbit dan aktor 'Cuci The Musical' ini, segala kisah kegagalan cinta yang lalu adalah guru terbaik buatnya dalam menilai cinta hari ini.

"Bagi saya, pengalaman cinta yang lalu banyak mengajar dan mematangkan diri. Di saat ini, apa yang terbaik adalah untuk mencari pasangan yang boleh dijadikan teman hidup," katanya.

Tambah Hans lagi, kisah-kisah cinta yang pernah singgah di dalam hidupnya sebelum ini membuatkan dia 'penat' untuk terus bercinta. Bukan serik, namun Hans ingin mencari cinta terbaik yang boleh disunting sebagai suri hidup.

Menyedari umur terus mengejar tua, Hans mengakui, sudah tiba masanya dia perlu mencari pasangan hidup dan bukan hanya mencari kekasih semata-mata. Justeru, dia tidak mahu lagi ambil mudah dalam soal cinta dan perasaan demi masa depannya.

"Saya sudah letih nak bercinta dan berkawan. Kalau boleh, lepas ini saya ingin terus mencari wanita yang sesuai dan terus berkahwin.

"Umur saya pun semakin meningkat dan sudah tiba masanya untuk saya lebih serius dalam hal ini dan memikirkan masa depan," ujar Hans.

Menjawab persoalan ciri-ciri wanita yang menawan hatinya, Hans berkata, pada fasa kehidupannya hari ini, dia tidak mempunyai ciri-ciri tertentu dalam mencari suri hati. Namun, apa yang penting baginya adalah hati dan perasaan.

Baginya, tiada guna dia meletakkan kriteria tertentu dalam mencari pasangan jika kebahagiaan hanya menjengah sementara. Justeru, dia percaya dalam hal-hal yang melibatkan hubungan dan perasaan, hati adalah kuncinya.

"Pada saya, jika sudah bertemu dengan seseorang dan sudah mula menyayanginya, jalan terbaik adalah terus berkahwin. Sebab itu, dalam hal ini, hati dan perasaan adalah perkara asas yang sangat saya utamakan.

"Saya ingin mencari teman hidup dan bukannya kekasih untuk tempoh sementara. Saya ingin cari seorang wanita yang ikhlas dan jujur, bukan hanya pada saya malah pada semua orang.

"Jika kejujuran dan keikhlasan itu memang wujud dalam diri wanita itu dan bukan hanya dibuat-buat semata-mata untuk memenangi hati saya, wanita sebegitulah yang akan jadi pilihan," ulas Hans penuh harapan.

Bercerita lanjut mengenai cerita-cerita 'kurang enak' yang kerap menghimpit jejaki Serani ini, Hans berkata, menjadi dirinya bukanlah semudah yang disangka. Terutamanya dalam perihal yang berkaitan dengan kaum Hawa, Hans sering dilabel sebagai 'kaki perempuan' dan mempunyai ramai kekasih.

Sambil menghela nafas panjang, Hans menjawab, semua cerita yang mengaitkan dirinya bersama ramai wanita bukanlah perkara asing baginya. Malah, dia bagai sudah lali dan hanya mampu mendiamkan diri.

Bukan hendak mengiyakan tohmahan yang dihamburkan, namun dirinya seperti sudah malas untuk terus mempertahankan diri kerana menyedari hakikat yang dia tidak mungkin mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

"Sebenarnya hidup saya ini bukanlah mudah apabila melibatkan wanita. Setiap kali saya keluar dengan wanita saja, pasti ada banyak mata yang membuat tuduhan dan pandangan masing-masing.

"Bayangkan, saya pernah dikatakan keluar dengan kekasih baru sedangkan wanita itu adalah sepupu saya sendiri. Ramai pihak suka membuat tanggapan tanpa usul periksa.

"Jadi apabila timbul cerita-cerita yang menuduh saya mempunyai ramai kekasih, perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya 'rimas' dan 'letih' kerana ia tidak betul.

Bertitik tolak dari itu, Hans yang berazam untuk menjalani hidup yang lebih seimbang di tahun 2010 ini memutuskan sudah tiba masa untuknya mengambil serius akan soal cinta.

Komitmen terhadap cabang seni dan perniagaan yang padat, membuka matanya untuk berubah dan menjalani hidup yang lebih berkualiti. Dia mengimpikan untuk hidup berkeluarga dan membahagikan masa sebaik mungkin untuk diri dan keluarga.

Impiannya, jika dia menemui wanita yang bersesuaian dan memahaminya, insan itulah yang akan disunting menjadi permaisuri hidup.

"Saya ingin melangkah ke satu lagi fasa dalam hidup, iaitu mempunyai keluarga sendiri. Selama ini, saya terlalu gigih bekerja dan banyak mendambakan hidup untuk kerjaya seni ini.

"Saya taksub bekerja sehingga mangabaikan cara hidup yang berkualiti. Tidak banyak masa yang diluangkan untuk diri sendiri, apatah lagi bersama ibu dan keluarga.

"Sebab itu, pada tahun 2010 ini saya ingin menjalani hidup yang lebih berkualiti dan menjadi insan yang lebih baik. Saya juga ingin berkahwin. Seandainya bertemu dengan wanita pilihan, saya akan terus berkahwin," ujarnya penuh bersemangat.

Apabila ditanya mengenai sasaran waktunya untuk berkahwin, Hans yang mengakui dirinya belum berpunya, berharap agar dapat bertemu jodoh dengan wanita pilihan, seboleh-bolehnya sekitar pertengahan tahun depan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan