Remy 'Bermasalah' Dengan Siapa?

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAMA Remy Ishak memang cukup 'panas' ketika ini. Semuanya gara-gara kes dia dibelasah oleh tujuh orang lelaki di luar bilik persalinannya di Istana Budaya (IB) setelah selesai pementasan teater Natrah pada Jumaat lalu.

Tatkala pengarahnya, Erma Fatima meraikan kemenangan besar menerusi drama Tersasar Di Jalanmu di Anugerah Skrin 2009 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada malam yang sama, 'kejutan' lain turut diterima oleh Erma apabila dimaklumkan bahawa pelakon utama teater arahannya itu mengalami kecederaan di kepala dan kaki akibat diserang kumpulan tersebut.

Apapun, kisah serangan ke atas pelakon yang semakin meledak namanya menerusi drama Nur Kasih ini memang cukup 'misteri'. Pelbagai spekulasi ekoran kejadian itu kini sedang hangat diperbincangkan di internet.

Dan sejak insiden itu dilaporkan di akhbar, Remy mula diburu media untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang kejadian tersebut, apatah lagi apabila satu laporan polis juga sebenarnya telah dibuat oleh satu pihak lain beberapa hari sebelum kejadian itu dengan mendakwa bahawa Remy sering mengganggu dan memukul seorang anak kepada ahli perniagaan.

Banyak kali percubaan untuk menghubungi Remy selepas itu semuanya menemui kegagalan. Jalan terakhir ialah dengan 'mencuba nasib' di IB untuk menjejaki pelakon berusia 27 tahun itu yang masih lagi meneruskan pembabitannya di dalam teater Natrah sehingga 13 Disember ini.

Sukar juga untuk memujuk jejaka ini apatah lagi insiden tersebut masih berada di dalam siasatan pihak polis. Namun, Remy akhirnya akur untuk bekerjasama dengan beberapa media yang menantinya di situ.

Ditemani Maya Karin yang memegang watak Natrah di dalam teater itu, Remy membuka bicara 'selamat' berhubung insiden tersebut.

Seboleh mungkin, pelakon ini dilihat cuba untuk memuaskan hati rakan media, namun menerusi riak wajahnya, banyak juga yang dilihat seolah-olah terpaksa dipendam dulu.

"Belum sesuai bersuara" adalah ayat yang sering diungkapkannya ketika itu. Sesekali, Maya yang berada di sebelahnya memberikan kata-kata semangat untuk Remy yang masih kelihatan 'blur' apabila diajukan tentang kejadian tersebut.

Dalam nada tenang, anak kedua daripada empat beradik ini akui kisah ini adalah yang terburuk dalam sejarah karier seninya sehinggakan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan hal ini.

Namun, tidak banyak yang mampu diperkatakan oleh Remy tentang insiden itu, selain menyangkal dakwaan yang mengatakan dia pernah mengasari anak ahli perniagaan tidak lama dulu.

Selebihnya, jejaka kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini hanya menyerahkan saja kepada penilaian ramai tentang dirinya. Bagi Remy, soal reputasi tidak mahu difikirkan lagi olehnya buat masa ini.

Kisah 'belasah' yang membabitkan artis rasanya bukanlah perkara baru di dalam industri ini. Ada yang didedahkan dan ada juga yang tersimpan kemas oleh mereka agar tidak dapat dihidu oleh pihak media khususnya.

Namun, bila sudah menjadi kes polis, sukar untuk mereka mengelak lagi. Mahu atau tidak, kenyataan mereka pasti diburu.

Masih sukar lagi melupakan insiden yang berlaku antara Syamsul Yusof dan Diana Danielle apabila aktres itu membuat laporan polis dengan mendakwa Syamsul telah mengasarinya. Kejadian itu nyata mendapat 'publisiti' meluas apatah lagi kisah cinta mereka bukan lagi rahsia.

Berbalik kepada insiden yang berlaku terhadap Remy. Difahamkan, pelakon ini pada awalnya cukup keberatan untuk membuat laporan polis agar kes ini tidak mendapat liputan meluas di media.

Tetapi, memikirkan tentang keselamatan, Remy akhirnya bersetuju untuk membuat laporan.

Apa sebenarnya yang berlaku, hanya Remy saja yang mengetahuinya dan mungkin cukup 'peribadi' buat dirinya. Ada yang membuat andaian, kononnya semua yang berlaku ini ada kaitan juga dengan kisah cintanya.

Apapun, dia mempunyai hak untuk 'menunggu' masa yang sesuai untuk menceritakan semuanya walaupun ketika ini, begitu banyak andaian dan spekulasi semakin rancak diperkatakan.

Tetapi melihat kepada tindakan sekumpulan lelaki yang 'berani mati' menyerangnya di dalam kawasan sehebat IB itu, rasanya 'lawan' Remy ini bukanlah calang-calang!

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan