Linda Jasmine Nafi Halang Que Terus Berlakon

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Linda, Que dan anak mereka, Qalif Khan ketika di majlis Anugerah Skrin 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 Disember lalu. -foto The Star
Linda, Que dan anak mereka, Qalif Khan ketika di majlis Anugerah Skrin 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 Disember lalu. -foto The Star

PELAKON Drama Lelaki Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2009, Que Haidar didakwa bakal berhenti berlakon selang dua hari selepas memenangi anugerah itu.

Lebih mengejutkan, isteri Que, Linda Jasmine melarangnya bergelar aktor kerana karier itu tiada masa depan.

Selain itu, Linda dikhabarkan tekad membuat keputusan agar suaminya berhenti berlakon atas alasan cemburu.

Dilaporkan baru-baru ini Que juga menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada penyanyi, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki.

Que yang pernah bekerja dengan Afdlin menerusi filem arahannya, 'Misteri Jalan Lama' dan 'Papadom' itu juga dikhabarkan turut terpaksa menolak tawaran pelakon, pengarah dan produser Mamat Khalid untuk membintangi filem terbaru arahannya.

Ketika meminta Linda menjelaskan hal itu, dia bagaimanapun menafikannya malah menganggap ada orang yang mencemburuinya dan Que.

Namun, Linda yang baru membaca gosip itu di sebuah akhbar mingguan pada pagi semalam tidak menolak dakwaan Que pernah membuat keputusan untuk menolak tawaran lakonan.

"Saya tak pernah masuk campur dalam urusan lakonannya. Dia yang berhak membuat keputusan sama ada hendak terima atau tidak tawaran lakonan itu.

"Sebelum ini memang dia berehat sementara daripada lakonan kerana hendak menjaga saya dan 'baby' tetapi semua itu atas keputusannya. Saya tak pernah paksa dia untuk menolak tawaran.

"Saya tahu ada produser yang menawarkannya berlakon tetapi saya tak tahu keputusannya. Sebelum ini saya masih sakit selepas bersalin secara pembedahan dan tidak mampu berjalan dengan baik.

"Sekarang ni 'ok' sedikit tetapi masih tidak mampu membuat kerja berat. Tetapi selepas ini, kalau dia masih menolak tawaran berlakon mungkin disebabkan faktor lain dan tidak semestinya kerana saya.

"Tetapi jika benar saya tak benarkan dia berlakon, takkan dia akan berlakon sebuah teater tidak lama nanti? Saya mendapat tahu dia akan memulakan latihan untuk teater itu dalam minggu ini tetapi saya tidak tahu maklumat lain tentang teater itu," jawab Linda ketika dihubungi mStar.

Jelasnya, walaupun dia tidak pernah menetapkan keputusan ke atas karier seni suaminya itu, namun dia pernah menasihatkan Que untuk 'terlibat dengan kerja yang berkualiti'.

"Kalau boleh saya nak dia terlibat dengan benda yang berkualiti. Bagaimanapun, semua keputusan di tangan dia kerana dia yang berhak 'judge'.

"Saya harap perkara ini telah dijelaskan kerana kami sekeluarga sedang gembira sekarang lebih-lebih lagi apabila ada 'baby'," luah koreografer terkenal ini penuh mengharap.

Sementara itu, Que yang turut menafikan dakwaan itu berkata dia terpaksa menolak tawaran sebuah filem yang akan menjalani penggambaran pada tahun hadapan kerana cerita itu tidak menepati kehendaknya.

"Saya memang ada menolak tawaran sebuah filem kerana ceritanya tidak menarik. Namun, saya tetap akan berlakon sampai bila-bila sebab lakonan sudah menjadi kerja saya sejak tamat belajar dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK yang kini dikenali sebagai ASWARA).

"Sebelum ini bukannya saya tak pernah menolak tawaran berlakon kerana tidak sesuai dengan jadual kerja dan faktor lain.

"Terus-terang selama saya berkahwin dengan Linda dalam tempoh 10 bulan ini, saya juga pernah tolak tawaran kerana perkara tertentu.

"Sekarang, saya juga masih perlu membuat penelitian tentang watak, jalan cerita dan kesesuaian masa lakonan itu.

"Kalau Linda tidak nasihatkan saya untuk memilih kerja yang berkualiti pun, dari dulu lagi memang saya dah praktikkan perkara itu," ujarnya dalam satu temubual telefon yang berasingan.

Selepas baru beberapa hari memenangi anugerah Pelakon Drama Lelaki Terbaik di ASK 2009, Que berkata dia belum mendapat banyak tawaran berlakon melainkan sebuah teater bangsawan, 'Laksamana Cheng Ho' arahan Seniman Negara Rahman B yang akan dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Teater ini akan melibatkan bekas pelajar ASK. Que berkata dia agak teruja untuk berlakon teater itu selepas lebih 10 tahun tidak beraksi di pentas teater. Jika tidak silap, Que berkata teater terakhir lakonannya adalah 'Look Back In Anger' ketika dia masih di ASK.

Ditebak mengenai perasaan isterinya yang dikatakan cemburu, Que sambil tertawa menjawab: "Kalau dia sayangkan saya, takkan dia tidak cemburu tetapi tidaklah sampai cemburu melampau-lampau.

"Kalau dia tak sayang dan sokong saya, takkan dia sanggup datang ke Anugerah Skrin baru-baru ini.

"Bayangkan, cerita ini berlaku selepas beberapa hari Anugerah Skrin. Jadi, kami suami isteri terperanjat juga apabila mengetahui cerita itu.

"Saya tidak kisah dengan apa yang orang cakap kerana saya masih mempunyai peminat, kawan-kawan dalam industri termasuk rakan media yang sentiasa memberikan sokongan," beritahunya.

Meskipun terkilan dengan laporan yang negatif itu, Que berkata, dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap dakwaan itu dan cukuplah sekadar menafikan cerita itu tidak benar.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan