KD: Jangan Takut Saya Merampas Anak-Anak

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KRISDAYANTI yang mesra disapa KD menyesali tindakan bekas suaminya, Anang yang tidak meninggalkan anak-anak kepadanya ketika pergi ke luar negeri ataupun menjayakan persembahan di luar kota.

Sedangkan kata KD, jarak rumah mereka hanyalah sekitar 300 meter sahaja.

"Jangan takut saya merampas anak-anak," katanya seperti yang dilaporkan di laman web detik hot, semalam.

Kata KD, dia juga tidak meminta anak-anak datang kepadanya kerana sedar Aurel dan Azriel menghormati keputusan bapa mereka.

"Jangan takut saya akan merampas anak-anak, merampas hak asuhnya. Saya ikhlas," tutur KD.

Ujar KD, dia yakin anak-anaknya juga amat merindui dirinya. Walaupun ada yang berkata Aurel dan Azriel masih membencinya, namun KD percaya masih ada perasaan sayang di hati anak-anak terhadap dirinya itu.

"Saya yakin hati anak-anak ada di hati saya," katanya lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan