50 Cent Tak Percaya Dengan Wanita Lagi

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

50 Cent mendedahkan dia cukup sukar mencari teman wanita kerana yakin kebanyakan wanita hanya inginkan duit yang dimilikinya sahaja
50 Cent mendedahkan dia cukup sukar mencari teman wanita kerana yakin kebanyakan wanita hanya inginkan duit yang dimilikinya sahaja

PENYANYI rap Amerika, 50 Cent mendedahkan dia cukup sukar mencari teman wanita kerana yakin kebanyakan wanita hanya inginkan duit yang dimilikinya sahaja.

Bintang hip-hop yang bernama Curtis Jackson itu telah meraih pulangan yang lumayan hasil dari karier filemnya, kontrak endorsement dan juga jenama pakaian yang telah dikomersialkan.

Kata Jackson lagi, tidak mudah untuknya mempercayai wanita lagi kerana pengalaman pahit yang telah dilaluinya.

"Saya masih bujang dan sudah lama tidak mempunyai teman wanita. Sukar bagi saya untuk mempercayai wanita. Lelaki tertarik kepada wanita cantik dan wanita pula tertarik kepada lelaki yang dapat menawarkan 'sekuriti' seperti jaminan kewangan. Dan jika anda mempunyai wang dan terkenal pula, wanita tentu akan mendapati anda seksi," kata Jackson.

"Awak tidak akan tahu apa sebenarnya yang dia (wanita) mahu. Ramai orang berkahwin tanpa mengetahui apa sebenarnya motif pasangannya. Tapi saya tidak mungkin akan ditipu...," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan