Morgan Freeman Tidak Sabar Bawa Watak Nelson Mandela - Berita Hiburan | mStar

Morgan Freeman Tidak Sabar Bawa Watak Nelson Mandela

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Morgan Freeman bakal muncuk dalam filem 'Invictus
Morgan Freeman bakal muncuk dalam filem 'Invictus", terbitan aktor Clint Eastwood.

PEMENANG Anugerah Oskar, Morgan Freeman, yang akan diberi peluang membawa watak bekas pemimpin Afrika Selatan Nelson Mandela di layar perak, sudah bertahun-tahun lamanya bersedia untuk membawa peranan ini. Freeman, yang pertama kali bertemu dengan Mandela awal 1990-an, berkata, "beliau memberitahu saya dia mahu saya membawakan wataknya dalam sebuah filem suatu hari nanti.

"Saya pun meminta beliau membenarkan saya akses peribadinya supaya saya boleh memahami bahasa gerak-gerinya dan dia bersetuju," memetik kenyataan Freeman di starpulse.com.

"Sejak itu jika ada kesempatan, kami akan bertemu. Saya sentiasa bersedia untuk peranan ini sebelum saya melangkah di hadapan kamera sebagai Nelson Mandela," katanya.

Freeman akan membawa peranan ini dalam filem 'Invictus", terbitan aktor Clint Eastwood.

Filem ini berkisar kisah hidup Mandela semasa Piala Dunia Ragbi 1995 di Afrika Selatan.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan