'A.R. Rahman Store' Sambung Legasi Perluas Empayar Muzik Bollywood - Berita Hiburan | mStar

'A.R. Rahman Store' Sambung Legasi Perluas Empayar Muzik Bollywood

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

A.R. Rahman berhasrat menakluk dunia
A.R. Rahman berhasrat menakluk dunia

PEMUZIK terkenal A.R. Rahman telah memperluaskan empayar miliknya dengan memperkenalkan 'AR RAhman Store' melalui laman web miliknya.

Kedai dalam talian itu buat masa ini menfokuskan tujuh jenis barangan dan akan menambah bilangan barangan untuk di jual dari masa ke semasa.

Menariknya mengenai 'kedai' ini, urusan jual beli turut menerima mata wang seperti Dolar Kanada, Euro, Pound British dan Dolar AS.

Antara barangan yang dijual melalui laman web ini termasuk cenderahati, DVD, tiket konsert dan sebagainya.

Selain mencipta lagu untuk filem Slumdog Millionaire yang memenangi anugerah Akademi, beliau turut menyumbangkan sentuhan magisnya kepada runyut bunyi dan skor dalam filem-filem seperti'Elizabeth: The Golden Age' (2007), 'Bombay Dreams' (2002), dan 'Original London Production: The Lord Of The Rings' (2008); turut ditawarkan dalam 'Album & kompilasi' mengikut 'Vande Mataram' (1997) dan Between Heaven And Earth' (2004).

Senarai muzik yang terbaru dihasilkan oleh beliau 'The Best...' termasuk kompilasi bersama Rand De Basanti, Khoon Chala, Barso Re, Tere Bina, Mayya, Ghanan Ghanan, Radha Kaise Na Jale, Dheeme Dheeme, So Gaye Hain, Gurus Peace, Yeh Rishta, Ae Nazneen Suno Na, Shakalaka Bady, Warriors in Peace dalam Versi Hindi.

Negarawan Indo-Amerika Rajan Zed, dalam satu kenyataan di Nevada Amerika Syarikat memuji bakat istimewa Rahman yang inovatif dan berjaya mencantumkan muzik dari Timur dan Barat dengan lebih rapat.

Rahman dengan caranya tersendiri telah berjaya membuka mata dunia untuk menerima muzik filem India dengan lebih serius.

Kepelbagaian gaya dan genre muzik ala AR Rahman telah menarik minat jutaan peminat.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan