'Tiada Sesiapa Yang Bersikap Curang' - Natasha

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Natasha Hudson enggan menceritakan punca sebenar perpisahan biarpun didesak oleh media - foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU
Natasha Hudson enggan menceritakan punca sebenar perpisahan biarpun didesak oleh media - foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU

EKORAN pendedahan mengejut aktres jelita Natasha Hudson mengenai keretakan rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Datuk Shahrin Zahari yang tersiar di dada akhbar awal minggu ini, bintang itu mula diburu media untuk mendapatkan penjelasan.

Bagi mengelakkan dirinya terus dihujani pelbagai spekulasi dan kata-kata sinis, Natasha akhirnya memutuskan untuk membuka cerita di dalam satu sidang media khusus untuk menghuraikan semua persoalan berkaitan penceraiannya.

Menurut Natasha, penceraian yang diputuskan atas dasar persefahaman sekata di antaranya dan bekas suami, Shahrin berlaku di dalam keadaan yang baik, rasional dan telah dibincangkan berulang-kali. Kedua-dua belah pihak berpisah dengan cara baik demi menjaga kepentingan anak perempuan mereka yang baru mencecah usia satu tahun setengah.

Ditanya mengenai punca sebenar penceraian, pelakon berusia 27 tahun ini berkata, dia dan bekas suaminya bercerai bukan disebabkan oleh orang ketiga tetapi oleh perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

"Apa yang boleh saya jelaskan di sini, saya berpisah dengan bekas suami bukan kerana kehadiran orang ketiga.

"Apa yang berlaku, hanya kami sahaja yang tahu. Ia terlalu rumit dan peribadi untuk dikongsikan.

"Kami tidak bergaduh dan tiada sesiapa yang bersikap curang. Hal ini terjadi disebabkan oleh perkara yang hanya kami sahaja mampu fahami. Perkara ini telah kami bincangkan dengan mendalam sebelum membuat keputusan.

"Tetapi, saya tidak dapat menceritakan kepada umum punca sebenar perpisahan ini demi menghormati bekas suami dan mengelak sebarang prasangka juga masalah di hari muka," jelas Natasha yang enggan mendedahkan punca sebenar penceraiannya walaupun diasak media beberapa kali.

Memandangkan penceraian mereka berlaku atas dasar persefahaman kedua-dua belah pihak, sehingga hari ini, pasangan ini masih belum memfailkan penceraian mereka di mahkamah syariah demi untuk mengelakkan kekecohan dan publisiti melampau mengenai isu itu di kalangan banyak pihak.

"Shahrin melafazkan cerai kepada saya di dalam keadaan yang cukup berhati-hati dan privasi. Dia tidak selesa jika perkara ini sengaja diperbesar atau dijadikan publisiti.

"Oleh itu, walaupun dia sudah menceraikan saya, kami masih memerlukan masa dan ruang sebelum memfailkan kes ini di mahkamah," luah Natasha yang diceraikan dengan lafaz talak satu.

Berbicara tentang perhubungannya bersama bekas suami selepas bercerai, Natasha yang mesra dengan sapaan Tasha berkata hubungan mereka kekal baik seperti sediakala. Meskipun telah berpisah, Natasha mengakui mereka masih kekal bersahabat.

"Kami masih berkawan dan rapat seperti dulu. Malah, kami masih saling menyayangi cuma pilihan terbaik yang kami pilih adalah untuk tidak hidup bersama lagi kerana masing-masing memerlukan ruang," akui Natasha.

Menyentuh tentang hak penjagaan anak, bintang filem 'Chermin' dan 'Tipu Kanan Tipu Kiri' ini menjelaskan bahawa mereka akan bergilir-gilir menjaga anak perempuan mereka. Keputusan untuk mendapatkan hak penjagaan bersama itu diambilkira demi memikirkan kebahagiaan dan kepentingan anak kecil itu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Natasha sempat diusik sama ada dia serik untuk mencari pengganti. Aktres kacukan Melayu-Australia ini berkata, pada saat ini dia langsung tidak memikirkan tentang perkara itu.

Memandangkan hubungan akrab bersama bekas suami masih berbunga, Natasha lebih selesa untuk menyendiri dan menghala tumpuannya kepada kerjaya dan anak perempuannya.

"Pada ketika ini, saya tidak terfikir pun hendak berkahwin lagi. Apatah lagi, hubungan saya bersama Shahrin masih baik dan saya masih menyayanginya.

Keutamaan kini adalah untuk menjaga anak saya dan terus bekerja kuat," ungkap Natasha yang tidak menafikan kejanggalannya tanpa kelibat si suami sejak mereka berpisah.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan