Tersasar Di Jalanmu Ungguli Drama Terbaik ASK2009

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

foto THE STAR oleh SAMUEL ONG
foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Drama arahan Erma Fatima, Tersasar Di Jalanmu telah diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2009 (ASK2009) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.

Drama tersebut juga turut menyaksikan Erma dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik; Rosnah Mat Aris bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Norish Ismail (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) serta Videografi Terbaik.

Que Haidar dan Ahmad Tarmimi Saregar juga muncul sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, masing-masing menerusi drama Terlerai Takbir Kasih dan Tak Serupa Tapi Sama.

Dalam pada itu, filem arahan Hatta Azad Khan, Wayang muncul sebagai Filem Terbaik mengetepikan empat buah filem lain iaitu Susuk, Kami The Movie, Talentime dan Budak Kelatan.

Hatta juga memenangi gelaran Pengarah Terbaik Filem manakala tiga pelakon filem tersebut iaitu Eman Manan, Zulhuzaimy dan Ida Nerina masing-masing turut merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Bintang muda, Liyana Jasmay juga berjaya menewaskan empat pelakon lain iaitu Mas Muharni, Sabrina Hassan, Pamela Chong dan Nabila Huda untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem.

ASK2009 yang bertemakan Malam Arab - Hikayat Seribu Satu Malam itu turut memperkenalkan Anugerah Yasmin Ahmad sebagai penghormatan buat pengarah tersohor itu dengan memberi pengiktirafan kepada seorang bakat baru di dalam industri seni tanahair.

Anugerah itu diberikan kepada Jaclyn Victor menerusi filem Talentime dan ia disampaikan oleh adik kepada Allahyarham Yasmin, Datin Orked Ahmad.

Kesemua pemenang menerima trofi serta hadiah lawatan ke Hollywood, Los Angeles.

Acara berprestij yang dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Fara Fauzana itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi-penyanyi popular tanahair iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Bob, Aizat, Jaclyn Victor, Lan The Typewriter, Black, Hattan, Tia dan One Nation Emcees

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Skrin 2009:

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Pelakon Lelaki Terbaik: Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)

Pelakon Wanita Terbaik: Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalanmu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ahmad Tarmimi Saregar (Tak Serupa Tapi Sama)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)

Pengarah Terbaik: Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Lakon TV Terbaik : Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu)

Drama Rantaian Terbaik: Kekasihku Seru

Drama Komedi Terbaik: Datin Wan Abe

Videografi Terbaik: Tersasar Di Jalanmu

Kategori Filem

Filem Terbaik: Wayang

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Eman Manan (Wayang)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Liyana Jasmay (Kami The Movie)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zulhuzaimy (Wayang)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Ida Nerina (Wayang)

Pengarah Terbaik Filem: Hatta Azad Khan (Wayang)

Lakon Layar Terbaik Filem: Fariza Azlina Ishak (Kami The Movie)

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Majalah 3 (Gaza)

Bual Bicara Terbaik: AC Di Sini (musim ke-5)

Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 23

Rancangan Hiburan Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa 2

Realiti Terbaik: Gadis Melayu (peringkat akhir)

Laporan Khas/Berita Terbaik: Buletin Utama- Air Najis

Anugerah Khas Juri (Anugerah Yasmin Ahmad)

Jaclyn Victor (Talentime)

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan